Saturday, July 7, 2012

Nasi Ayam Madu My Style

Salam hari Sabtu...hmmm...mesti ramai yg bercuti kan...almaklum la hari cuti...waktu cuti cuti ni lah masa utk kita habiskan bersama dgn suami dan anak anak kan...apa menu utk mkn arini...saya hanya masakkan nasi ayam sahaja sbb Incik W takde, outstation..huhhu miss him oredy.....tinggal saya, Cik N dan Cik K sajer.....so masak pun yg mudah ajer....



NASI AYAM MADU
Resipi : Kakakku...

Bahan Untuk Rebus
  • 1 ekor ayam - dipotong 16
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 liter air - agak agak
Bahan Untuk Perap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
Bahan Untuk Sup
  • Air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
  • 1 sup bunjut
  • garam
  • daun sup dan bawang - hiris
Bahan Untuk Nasi
  • 5 cawan beras
  • sup yang telah siap dimasak tadi
Bahan Untuk Sos
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
Bahan Untuk Kicap
  • 1 cawan kicap
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu minyak bijan

Cara caranya :
  1. Bersihkan ayam. Lumurkan dgn bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi. Kemudian rebuskan ayam hingga empuk.
  2. Bila sdh empuk, toskan ayam. Perapkan ayam tadi bersama dgn bahan bahan perap selama 1/2 jam. Goreng hingga garing. 
  3. Untuk sup :- Sediakan periuk yg lain, panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bawang besar yg telah dikisar tadi. Kacau sebentar, kemudian, tuang semua air rebusan ayam tadi. Tambahkan sup bunjut, garam dan daun sup daun bawang. Masak hingga mendidih.
  4. Untuk nasi :- Basuh beras dan toskan, masukkan  sup tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
  5. Untuk sos :- Blendkan semua bahan kecuali cuka dan gula. Masukkan dalam periuk, masakkan di atas api kecil. Masukkan cuka dan gula. Kacau hingga masak.
  6. Untuk kicap :- Campurkan kicap, air dan minyak bijan. Kacau sebati.
  7. Boleh dihidangkan bersama sayuran spt timun, tomato dan salad.
Selamat Mencuba..........