Bahan-Bahan:
5 ketul ayam...ambil isi sahaja..di racik halus
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1/4 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam
Bahan Mesin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu cili mesin
Cara:
1. Ayam dibuangkan tulang dan diracik halus.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga kuahnya pekat dan naik minyak. Kemudian masukkan ayam yg diracik tadi.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.
No comments:
Post a Comment