CHICKEN MEATBALLS
Bahan bahannya:-
* 1 keping dada ayam, dipotong kecil kecil ~ nak tukar ke ayam kisar Raly pun boleh...
* 1/2 sudu serbuk jintan manis
* 1/2 sudu serbuk ketumbar
* 1/2 sudu serbuk cili
* 1 sudu serbuk lada hitam
* 2 sudu tepung gandum
* 1/2 biji telur
* garam
* sedikit daun ketumbar ~ diracik (ini saya tambah...)
Cara-caranya:-
1) Masukkan ayam dalam food processor. Kisar hingga halus. Jika gunakan pengisar biasa, masukkan ayam sedikit demi sedikit, kisar hingga halus.
2) Masukkan semua bahan dalam bekas, gaul sebati.
3) Kemudian, boleh dibentukkan adunan menjadi bulat bulat. (saya malas, so, jemput jemputkan dia guna sudu sahaja)
4) Kemudian, goreng dalam minyak panas hingga masak.
5) Angkat dan ketepikan.
6) Jika mahu makan bersama sos spaghetti, masukkan chicken balls tadi dalam sos spaghetti.
kalau nak resipi sos spaghetti sila click SINI ...
* chicken ball tu kalau tak mau campur dgn sos spaghetti tu, boleh juga dimakan sahaja bersama sos cili. Tetap sedap, rasa juicy gitu....
No comments:
Post a Comment