Tuesday, November 22, 2011

Pavlova

Asaalamualaikum.............
Sana sini tgk kat blog sifu2 masakan semua buat pavlova...apa bendanya tu...cantik cantik betui bila tgk gmbr...hati teringin nak buat...nak nak pulak adik ipar pun ajak buat sekali...so, mlm sehari sblm ari raya haji aritu kitaorg pun keletung keletang la siapkan pavlova ni....wahhh...mmg manis dia punya base tu, patut la kena letakkan buah2 yg masam tp mmg sedap la...kalau simpan sekejap dlm peti then br makan lagi nertambah sedap....resipi saya amik dr Dapur Kak Zai Teratak Impian....
Saya mntk copy yer kak dan panjangkan ke sini....terima kasih




PAVLOVA
Diolah sedikit oleh : RossDeli

Bahan-bahannya
  • 4 biji putih telur (120 g)
  • 1 cawan gula kastor (200 g) - akak letak 3/4 cawan gula kastor ~ saya pun....
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1 tsp cuka makan
  • 1/2 tbs tepung jagung

Hiasan
  • 1 tin pic
  • 1/2 cawan strawberry
  • 1/2 cawan anggur
  • 1 cawan whipping cream

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
  2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
  3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
  4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
  6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
  7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
  8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
  9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
  10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.


Selamat mencuba..........

Sphagetti Tuna


Assalamualaikum w.b.t...
buat menu yang paling ringkas semata mata nak tgk final bola Malaysia vs Indonesia mlm tadi...alhamdulillah makanan licin, kita menag pulak tu....

  • 1 peket sphagetti ~ direbus bersama sedikit minyak dan garam
  • 2 tin tuna in olive oil
  • 1 labu bawang besar ~ potong dadu
  • 1/2 biji carrot ~ dipotong dadu
  • 1/2 biji tomato ~ potong dadu
  • 5 sudu besar sos sphagetti
  • sedikit keju parmesan
  • sedikit garam
  • 1 cawan air

Cara penyediaannya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan carrot, kemudian tuna. Kacau sebentar.
  3. Masukkan air. Apabila agak kering, masukkan tomato dan garam.
  4. Letakkan sphagetti di dalam pinggan dan tuangkan tuna tadi di atasnya dan taburkan keju parmesan.
  5. Sedia dihidangkan.

Tuesday, November 15, 2011

Mee Hailam Menyengat

Assalamualaikum...mari mkn mee hailam...resipi ni mudah dan sedap...tak rugi mencuba...terima kasih kepada penyumbang resipi dan terima kasih jugak kepada Kak Azlita yer...izinkan saya majukan resipi ni ya....

MEE HAILAM MENYENGAT

  • Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih
Ita cadangkan menggunakan daging batang pinang supaya kita tak perlu merebus....Jika menggunakan daging biasa rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah.

  • 10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
  • 1 labu bawang besar - di cincang halus
  • 2 ulas bawang kecil - di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
  • 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit sawi
  • lobak - dihiris
  • 2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
  • Garam - secukup rasa

Bahan yang di makan bersama
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk - jika suka

Cara penyediaannya....
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
  3. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
  4. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
  5. Biar mendidih sekejap
  6. Masukkan udang
  7. Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
  8. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
  9. Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.