Thursday, November 25, 2010

Crepes......


apa itu crepes???ntah la...nmpk kat mall mcm best...try la cr resipi, dpt satu...cuba buat...jadik mcm lempeng je rupanya tp rasa jgn ckp la....sgt sedapppppp.....buat satu adunan dpt 8 keping...muahahhah....anak2 mkn 2 keping, abi depa mkn 5 keping 1/2..umminya...suku pun tak sampai...kesian dek anak2 ngan suami pya psl....kukorbankan segalanya....

CREPES

Bahan bahannya:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan marjerin - dicairkan

Caranya:
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan kecuali marjerin. Kacau dgn whisk tu sampai semua mesra.
  2. Kemudian, masukkan marjerin. Kacau lagi.
  3. Panaskan frying pan, griskan dgn sedikit butter.
  4. Ambil sesenduk adunan tadi dan letak atas frying pan tadi. Golek atau pusingkan frying pan anda. Hati2 sebab panas.
  5. Letak apa sahaja bahan di atas adunan tadi. Cthnya: tuna, sardin, nanas, cendawan, sosej.
  6. Paipkan sos dan mayonis.
  7. Lipat 2.
  8. Sedia dimakan.

saya buat mcm mcm versi intinya...untuk anak2 hanya letak sosej, nanas dan mayonis sahaja...utk kami suami isteri, ada serunding ikan, tuna in can, nanas dan pelbagai lagi...ini ikut kesukaan masing masing.....

Selamat mencuba lempeng omputih dimelayukannnn!!!!!!!!

Sambal Bebola Daging dan Kentang Goreng

Salam....daging qurban ada la lebih dlm 500 gm lagi, dok pikir nak masak apa, yg mudah dan ringkas...google la pya google, dapat la idea dr KAK HANA...mmg mudah la...tp saya ada buat penambahan skit la...tq kak, saya share resipi sini yer...

Bahan bahan:

Meatball Homemade
  • 200g daging lembu hancur ~ saya buat 250 gm
  • 1/2 sudu makan tepung gandum ~ saya letak 2 sudu besar
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch ~ saya letak tepung jagung
  • 1/2 biji putih telur ~ tak letak
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam

Sambal Meatball
  • 4-5 sudu makan cili kisar ( campur skali bwg merah,putih)- lebihkan jika ingin sambal lebih
  • bawang besar - hiris
  • 1/2 inci belacan ~ saya tak letak
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
  • kentang goreng@tomato - potong baji (optional) ~ saya letak 3 biji kentang, digoreng
Cara-cara:
  1. Untuk membuat meatball, satukan semua bahan sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Rebus hingga terapung, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan juga belacan hingga cili masak. Masukkan air asam jawa sedikit, masukkan juga bwg besar hiris.
  3. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkn bebola daging dan juga kentang@tomato. Gaul mesra. Tambahkan air sedikit jika sambal terlalu kering. Didihkan.
  4. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar@daun sup.


nilah rupanya meatball tu tp rupanya huduh skit..tp biarla asalkan masuk tekak, dia kata sedap...hahahhah....


Tuesday, November 23, 2010

Roti Paratha & Sambal Pedas Tuna

salam...mlm tadi masak roti paratha dan sambal pedas tuna ni...resipi asalnya dari blog Kak Madiha sama la jgk dgn Sambal Pedas Tuna tu resipi asalnya KAK MADIHA jugak...kedua dua resipi ni mmg best lah...sedap betul...kalau sapa nak resipi bole la amik kat link kak Madiha yer...kat bawah ni saya letakkan resipi yg saya olah sikit, ikut benda yg ada di rumah...saya buat separuh dr adunan roti paratha tu tp sambal tu saya gandakan tunanya...tq kak kongsi resipi yer...

ROTI PARATHA
Sumber : KAK MADIHA diolah oleh ROSSDELI

Bahan bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum (jangan habiskan semua masa menguli.. ikut kelembutan doh) ekstra tepong diperlukan untuk mencanai doh
  • 1 s/k serbuk cili
  • 1/2 s/k jintan putih
  • 3/4 s/k garam
  • 1 s/b minyak masak
  • 1 s/k marjerin

Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan serbuk cili, garam masala, garam, serbuk jintan putih, daun ketumbar dan gaul sebati menggunakan tangan.
  2. Masukkan tepong sedikit demi sedikit sambil menguli. Sehingga cawan yang ke 2.. masukkan sikit demi sikit tepong hingga dapat doh yg kental. (Jangan habiskan terus tepong tadi).
  3. Masukkan minyak masak dan marjerin dan uli lagi hingga doh menjadi lembut.
  4. Lumurkan tangan dengan minyak & bahagikan doh kepada 10 bahagian (lebih kurang 78 - 80 gm setiap sebiji)
  5. Taburkan tepong ke atas papan pencanai. Sapukan tepong pada roller pin. Ambil seketul doh & taburkan/salutkan sikit tepong lalu canai nipis doh seperti membuat capati.
  6. Panaskan non stick pan, lengserkan sikit dengan minyak & masak paratha menggunakan api yang sederhana hingga kekuningan ke dua2 belah.
  7. Ulangi proses yang sama sehingga habis.




SAMBAL PEDAS TUNA
Sumber : KAK MADIHA diolah oleh ROSSDELI

Bahan bahannya:
  • 2 tin tuna
  • 2 biji kentang saiz sederhan besar ~ potong dadu
  • 1 biji lobak merah ~ potong dadu
  • 1 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili padi*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai ~ dititik
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
  • garam
  • ½ s/k gula

Caranya:
  1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, air asam jawa, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk.
  2. Masukkan tuna. Hancurkan isi tuna. Masukkan garam, dan gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya. Masukkan bawang besar. Kacau rata.
  3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.

Monday, November 22, 2010

Menu Dinner 21.11.2010

salam...inilah menu mlm tadi...nasi goreng kampung, ikan kembung sweet sour, dried chillie chicken with vege dan ayam goreng RFC...ni semua idea asben saya, katanya asyik mkn daging sajer start raya qorban aritu, so, guna ayam pulak la...samala tu bang, daging jgk, bezanya cuma daging putih ngan merah jer...hehheeheh...resipi ikan kembung tu boleh ambik kat SINI .....

dah lama masak nasi goreng kampung ni tp tak pernah post jer...resipi kat bawah yer....

NASI GORENG KAMPUNG
  • 4 cawan nasi sejuk ~ digaul bersama sedikit garam
  • 2 keping dada ayam ~ dipotong kecil
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 1/4 biji kobis ~ hiris kecil
  • segenggam ikan bilis
  • 1 labu bawang besar ~ ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 7 - 8 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) ~ ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ikan bilis. Goreng hingga ikan bilis garing. Kemudian, masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau sebati.
  2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
  3. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
  4. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).

saya selalu mkn ni kat JUSCO kalau mkn nasi kat situ...khalid mmg suka ni sbb dia campur kicap, mmg laju dia mkn, sepinggan dia sorang...so try la jugak....

DRIED CHILLIE CHICKEN WITH VEGE

  • 2 keping dada ayam ~ dipotong kecil
  • 3-4 batang cili kering ~ digoreng sebentar
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala kuning
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/4 tin cendawan butang ~ hiris sederhana nipis
  • 1 biji bawang besar ~ potong 8
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • garam
Cara penyediaan:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan cili kering. Biar hingga ayam empuk.
  2. Masukkan kicap dan air asam jawa. Kacau sebati. Biar pekat sedikit.
  3. Masukkan semua sayur2an dan kacau sebati.
  4. Perasakan dgn garam.
  5. Angkat dan hidangkan.
haaa...ayam ni macam biasa...resipi leh klik SINI yer....

Monday, November 15, 2010

Megi Goreng

resipi senang bangat ni...resipi malas gak nih...hehheeh...

MEGI GORENG

Bahannya:
  • 1 bungkus maggi ~ apa perasa pon okk...
  • 2 ulas bawang kecil } ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih} diketuk
  • 1/2 labu bawang besar} dihiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 tangkai sawi
  • 1/2 biji kobis ~ dihiris
  • 1 keping dada ayam ~ potong kecil
  • Minyak
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
  1. Panaskan air,setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing. Masukkan cili kisar serta bawang besar dan biarkan sebentar.
  3. Masukkan sos tiram, cili sos, kicap, dan hirisan ayam. Kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air.
  4. Selepas itu masukkan maggi, kobis dan sawi. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama daun bawang dan juga daun sup serta bawang goreng.

Tuesday, November 9, 2010

Tuna Puff

salam ari selasa....puff ni dah penah buat...cuma gantikan paratha tu dgn yg wholemeal saja...resipi dan cara leh amik kat SINI yer...

Monday, November 8, 2010

Sandwich Patty Hotdog


menu dinner yg simple dan mengenyangkan...ini dapat idea berikutan br je lps tgk tv TLC psl "THE MOST DELICIOUS BURGER IN THE WORLD"...hahahha...burger yg saya tiru gaya dia ni ialah LOBSTER ROLL, dia guna lobster...heheheh...mana nak cari lobster, dah la mahal wei...ranking dia ialah no 6..teruja betul...tp saya gantikan lobster tu dgn sandwich patty yg tak abis abis lagi dalam fridge tu...mmmm....layannn....

SANDWICH PATTY HOTDOG

Bahan bahan:
  • 4 ketul roti hotdog
  • 3 keping sandwich patty
  • 1 batang carrot ~ sagat dan hancurkan
  • 1/4 kobis ~ dadukan
  • mayonis
  • sos cili

Caranya:
  1. Roti hotdog dipotong tengah tapi jgn smpai putus.
  2. Goreng sandwich patty tadi hingga masak. Angkat, dan ketepikan dahulu.
  3. Campurkan carrot dan kobis tadi. Masukkan mayonis. Agak agak semua sebati.
  4. Ambil sandwich patty tadi, potong kiub. Masukkan dalam bekas berisi carrot, kobis dan mayonis tadi. Kacau serata.
  5. Sejukkan dalam fridge dahulu selama 1 jam.
  6. Keluarkan dan isikan di tengah roti hotdog tadi. Paipkan sos cili.
  7. Sedia dihidangkan.

Bihun Ladna

menu utk seisi keluarga...mmm...bihun ladan tp taktau la saya apa bezanya dgn mee hongkong ...tp bedal je la...hahahha...mudah dan simple utk disediakan...

BIHUN LADNA

Bahan bahan:
  • 1/2 peket bihun ~ direndam air panas selama 3 minit dan ditoskan.
  • 200 gm isi ayam
  • 5 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 ulas bawang merah ~ dihiris
  • 1 batang carrot ~ potong bulat
  • kobis bunga
  • 1/2 biji kobis ~ potong kecil
  • 2 batang kailan ~ dipotong 2 cm
  • 4 biji cili padi ~ diketuk
  • 2 sudu kicap
  • 900 ml stok ayam ~ ( Masukkan 900 ml air + 2 kiub pati Ayam MAGGI)
  • 2 sudu besar tepung gandum ~ dibancuh dgn air
  • sedikit garam

Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bihun yg dicelur tadi bersama kicap. Setelah sebati, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bwang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau hingga ayam masak.
  3. Masukkan stok ayam tadi.
  4. Masukkan juga carrot dan bunga kobis. Biar agak mendidih. Masukkan garam.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
  6. Akhir sekali baru masukkan kobis, kailan dan cili padi tadi. Biar masak dan tutup api.
  7. Letak bihun yg telah digoreng tadi di dalm pinggan. Tuangkan kuah tadi ke atas bihun tadi.
  8. Sedap dihidangkan panas bersama cili potong atau cili jeruk.

Friday, November 5, 2010

Paratha Tower

Macam biasa, ni resipi sendiri...idea tak semena mena dtg sbb mmg dah taktau nak masak apa. terciptalah Paratha Tower...wahhh, mcm gah je namanya...hehheheh....si asben kalau masak mcm ni tiap ari pun takpe, katanya...hahhaha

Bahan bahan:
  • 2 keping roti paratha wholemeal (brand Kawan)
  • 1 keping sandwich path
  • 2 batang sosej
  • sedikit marjerin atau olive oil
  • sedikit salad
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • sedikit timun ~ dihiris halus
  • sedikit nanas
  • sos dan mayonis

Caranya:
  1. Goreng tohor roti paratha. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan.
  2. Letak sedikit marjerin atau olive oil. Goreng sandwich path dan sosej tadi hingga masak.
  3. Ambil sekepin roti paratha tadi, letakkan salad, bawang, timun dan nanas, paipkan sos dan mayonis.
  4. Kemudian, letakkan sandwich path dan sosej tadi. Paipkan sedikit mayonis dan sos. Ambil sekeping roti paratha lagi dan letak atasnya.
  5. Potong tengah roti tadi. Angkat sebelah kanan dan letakkan atas roti yg sebelah kiri tadi...
  6. Sedia dihidangkan.


haaaaa...cuba tgk lelehan mayonis yg keluar tu...sedapp....tmbh pulak ada potongan nanas tu....lagi la rasa masam....

Agar Agar Santan Gula Melaka

Arini cuti Deepavalli, tak semestinya kena buat marukku kan??hehheeh...mmm...rasa lama dah teringin nak buat agar agar ni bila tgk ramai yg dah mencubanya. Inilah hasilnya...saya ambil dari blog kak ummi . Terima kasih kak... Resipinya byk jadinya saya olah utk jadi separuh dr adunan sahaja. Kalau nak resipi sebenar klik link kak ummi kat atas tu yer...kat bawah ni resipi yg saya olah utk santapan family kecil saya....

Bahan bahan:
  • 20 gm agar agar tali
  • 900 ml air
  • 1 cawan gula melaka
  • 3/8 cawan gula pasir (guna sudu metrik tu yer....)
  • 1 kotak kecil santan + 1 cawan air
  • 1 biji telur
Cara cara:
  1. Basuh agar agar tali dan toskan.
  2. Basahkan loyang/acuan pilihan dan ketepikan.
  3. Campurkan telur dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.
  4. Masukkan air dan agar agar tali ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan agar agar larut.
  5. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.
  6. Tapiskan agar agar ke dalam periuk lain, dan letak semula atas api. Panaskan semula biar mendidih dengan api sederhana.
  7. Masukkan bancuhan telur dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik berkepala sikit, tutup api.
  8. Tuangkan ke dalam loyang pilihan.
  9. Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Hidangkan bila betul2 sejuk.

ni versi mould yg sama jer...berbaris utk masuk mulut....ngappp....

Fruit Cocktail

melihatkan cuaca yg agak panas di kl nih..tp kat Kedah dan Perlis hingga banjir...kesian mereka...saya pun buat la fruit cocktail ni utk basahkan tekak...ramai dah yg buat ni...mmg sedap...bila dichillkan bertambah tambah sedapnya...

Bahan bahan:
  • 1 tin buah buahan campuran
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol air soda
  • 3 sudu gula
  • 250 ml air kosong
  • 1 peket jelli
  • Ais kiub
Caranya:
  1. Campurkan gula ke dalam air kosong. Masukkan buah buahan campuran, jelli, air soda. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan susu cair. Kacau lagi.
  3. Untuk dihidangkan, masukkan ais kiub ke dalam cawan dan tuangkan cocktail ini.
  4. Sedia diminum.

Pasta Tuna

menu utk dinner mmg buat yg biasa biasa jer...sbb kekangan masa...ewahhh...janji sedap menjilat jari...resipi ni mcm buat masak goreng biasa tapi gantikan je ayam ke daging ke, sotong ke udang tu dgn tuna...itu je lainnya....yg lain semuanya sama....sila la tgk resipi kat bawah ni....

PASTA TUNA

Bahan bahannya:
  • 250 gm pasta
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 tin tuna in olive oil
  • beberapa daun bayam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 cawan air
  • garam

Caranya:
  1. Rebus pasta dalam air yang dicampur garam dan beberapa titis minyak. Masak hingga pasta lembut, lebih kurang 10 minit. Kemudian, tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan tuna, sos cili dan kicap. Kacau hingga sebati.
  3. Apabila nmpk sedikit garing, masukkan 1 cawan air. Kacau sebati. Masukkan garam.
  4. Apabila sdh mendidih, masukkan pasta yang sdh direbus tadi. Kacau sebati. Masukkan bayam.
  5. Tutup api. Sedia dihidangkan.

P/S :- Pasta boleh digantikan dgn mee, bihun, spaghetti ataupun makaroni. Ikut kesesuaian. Disamping itu, sayuran lain juga boleh dipelbagaikan.















Ayam Goreng RFC bukan KFC....

Salam...nyum nyum...meh mkn ayam KFC nih...ehh silap, bkn KFC..RFC la...betuiiii RFC....mmg nmpk mcm KFC kan...tp salah...hehehhe...takyah dah nak p beli KFC, buat sendiri jer sama mmg sama huhuhu...makan smpai leleh air mata nih....

Haaaaa...ni la rupa tepung yg saya guna tu...keluaran bumiputera lagi...mmg best...beli dr makcik jiran sebelah umah mak mertua...morah jer...pakai smpai skrg pon tak abis lagik...sekilo kooo....

Senamg je nak gunakan tepung ni....

AYAM RFC

Bahan bahan:
  • 1/2 kilo ayam
  • 1 sudu besar tepung RFC ~ utk perap
  • 3 sudu besar tepung RFC ~ utk salut
  • minyak utk menggoreng
Caranya:
  1. Bersihkan ayam, perapkan dgn tepung RFC selama 15 minit.
  2. Kemudian, dalam satu bekas yg lain, masukkan tepung RFC utk salut tadi. Ambil seketul ayam, salut dgn tepung RFC hingga semua bahagian ayam ada tepung.
  3. Goreng dalam minyak terendam.
  4. Bila agak kekuningan, angkat dan toskan.

Pandangan rentas ayam RFC...nyum nyum....sama kan rupa dia mcm KFC????

Thursday, November 4, 2010

Burger ala ala Mat Salai

jeng jeng jeng...penah tak tgk beger mcm ni...hmm...aritu masa balik ofis, nmpk satu stall ni...dia jual beger matsalai...ada laman web dia tau...sila tgk SINI ...sedap jgk la tp harga dia pun lain skit dr beger biasa...
jadinya disebabkan tak puas makan...nak beli mahal pulak tu, maka kubuat sendiri...walopon tak sama tp seakan akan, jadi la kan...tp saya guna serunding daging (matsalai guna chicken floss yg lebih halus)...puas weiii mkn .....resipinya mudah saja...

  • 2 roti hot dog
  • 2 keping daging beger (saya guna chicken beger)
  • margerin
  • sedikit salad
  • 1/2 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji tomato ~ dihiris
  • 1/4 biji timun ~ dihiris
  • sedikit serunding ~ kalau ada chicken floss lagi baik...
  • sedikit sos cili
  • sedikit mayonis
Caranya :
  1. Potong tengah roti hot dog tapi jgn smpai putus. Sapukan marjerin. Bakar sebentar. Ketepikan.
  2. Letakkan sedikit mentega dlm pan, goreng daging beger hingga masak. Ketepikan.
  3. Cara hiasan - Letak roti hot dog, susun salad, bawang besar, tomato dan timun. Paipkan sos cili. Kemudian, letakkan daging beger atas sayur2an tadi, paipkan mayonis. Kemudian, taburkan serunding daging diatas daging beger tadi.
  4. Sedia dimakn...heheheheh

Pizza Tuna Abakadabra...

salam.....wah buruknya rupa pizza tu..huhuhu...belasah je la...janji sedap...hehehe...buat ni dah lama dah, resipi tak masukkan lagi sebab asyik bz dan "M"..oklah, utk org yg tak kreatip mcm saya ni...bole la...

Bahan bahan utk doh pizza:
  • 500 gm tepung roti/high protein/tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan (11gm)
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 biji telur
  • 5-6 sudu minyak zaitun (minyak masak pon bole)...kalau letak mentega pun bole (2 sudu mentega cairkan terlebih dahulu)
  • sedikit garam

Caranya:
  1. Dalam bekas, masukkan tepung, yis dan sedikit garam. Gaul sebati bahan ini.
  2. Kemudian, buat satu lubang ditengah campuran tepung tadi, tuangkan air sejuk, minyak dan telur.
  3. Uli bahan tadi hingga menjadi doh.
  4. Perapkan sebentar doh tadi dgn tuala lembab hingga naik 2x ganda.

Bahan bahan hiasan pizza:
* (ikut suka nak letak apa yer...ini bahan yg saya gunakan...)
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1/2 biji nanas
  • 1 biji bawang besar ~ potong baji kpd 8
  • sos tomato
  • mozarella cheese

Cara menghias pizza:
  1. Doh tadi dibahagikan 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan di atas pan utk membakar.
  2. Sapukan sos tomato ke atas doh leper tadi.
  3. Taburkan tuna, nanas, bawang besar dan mozarella cheese ke atas tuna tadi.
  4. Kemudian, bakar piza tadi pada suhu 180'C selama 20-30 min.
  5. Setelah masak, keluarkan dan sedia dihidangkan.

p/s :- pizza ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesukaan masing masing....ikut tekak la yer....

Selamat mencuba...

Wednesday, October 27, 2010

Bubur Pulut Hitam

wahhhh...lamanya tak hapdet blog ni...bz memanjang..kat opis bz, kat umah pon bz...mmm...masak pon jarang sekali...hahahah...mana dan je buat....layan la bubur ni...feveret mak saya nih...buat mesti abis punya...

BUBUR PULUT HITAM
Sumber : Myresipi

Bahan bahan:
  • 300 gm pulut hitam
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan
  • sedikit garam
Cara cara:
  1. Rendam pulut hitam semalaman - saya rendam 4 jam sahaja
  2. Bersihkan pulut atau tapis hingga air kering
  3. Masukkan dlm periuk, masukkan air, lebihkan 2-3 inci dr pulut. Masak hingga kembang.
  4. Masukkan daun pandan
  5. Masukkan gula melaka dan gula. Ikut suka rasa manisnya.
  6. Setelah sebati, masukkan santan. Sentiasa kacau hingga mendidih dan pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

Sedap...kalu nak best lagi, masukkan aiskrim atas bubur tu lagi la....walllah

* saya buat aiskrim batang guna bubur ni...masukkan dlm plasktik eskrem tu, ikat pastu masukkan dlm peti ais...dah keras, bolehla srottt...srottt.....

Monday, September 20, 2010

White Chocolate Fruit Tart

Salam 11 Syawal utk semua bloggers...amacam...terliur tak tgk tart daku nih...pestime buat ni...mmg best..wajib buat lagi....saya buat tart ni utk dimakan di pagi raya, maklumla, saya bukan buat kuih pun. Orang lain sibuk buat kuih saya buat tart, lain dr yg lain kan...hahahhah...tgk la..siap letak skit2 takut org amik byk...hahahha kedek tull....

ni baru letak kat dalam bekas nak bwk ke rumah Jalan 4/7...dapat la dlm 80 bijik...

Close up skit...tu dia....
meh la layan resipi kat bawah ni...amik dari TTM MELBEN...mntk halal yer...tp saya dah olah skit, maaf yer...awak mmg best sebest tart ni...hehheeh

WHITE CHOCOLATE FRUIT TART

Doh Shortcrust Manis

Bahan bahan :
  • 400 gm tepung gandum ~ diayak
  • 100 gm badam kisar
  • 125 gm gula icing ~ diayak
  • 250 gm butter ~ dipotong kiub kecil
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara caranya :
  1. Campurkan tepung gandum, badam kisar, gula icing dan butter. Ramas semuanya hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Ramas lagi hingga sebati.
  3. Bulatkan doh dan bungkus dgn cling wrap. Simpan dalam fridge sekurang kurangnya 1 jam.
  4. Setelah 1 jam, griskan acuan dgn sedikit mentega.
  5. Panaskan oven kpd 180'C.
  6. Ambil sedikit doh, bulatkan menjadi doh kecil.
  7. Tekankan doh kecil ke dalam acuan tart dgn ibu jari. Ratakan bahagian dalam dahulu. Kemudian, tekan dan ratakan bahagian doh tepi berlekuk. Buang lebihan doh ditepi.
  8. Susunkan acuan dalam dulang pembakar. Cucuk cucukkan tart dgn garfu. Masukkan dalam oven. Bakar lebih kurang 10 - 12 minit atau hingga kuning keemasan.
  9. Ulangi proses hingga habis.
  10. Boleh terus digunakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.

Filing

Bahan bahannya :
  • 1 peket (10 ounce) coklat cip putih atau vanilla cip ~ cairkan
  • 1/4 cawan whipped cream
  • 1 peket (8 ounce) cream cheese ~ lembutkan
  • Buah buahan - anggur, kiwi, strawberi

Glaze
  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 sudu makan jus lemon

Caranya :
  1. Dalam mangkuk kecil, pukul coklat cip yg sdh cair dan whipped cream. Campurkan cream cheese. Pukul lagi hingga lembut.
  2. Masukkan dalam piping bag, dan paipkan ke dalam tart shell yg sdh dibuat tadi.
  3. Sejukkan atau chillkan dlm peti sejuk lebih kurang 30 min - 1 jam.
  4. Potong kecil buah buahan dan susunkan ke atas campuran cream cheese tadi.
  5. Sapukan buah buahan dgn glaze tadi.
  6. Sedia dihidangkan.

Untuk Glaze
  • Dalam saucepan kecil, campurkan gula dan tepung jagung. Kacau rata. Masukkan jus lemon tadi dan kacau lagi hingga lembut. Masak hingga cair. Sejukkan.


* sgt sedap dan wajib buat lagi....











Tuesday, September 7, 2010

Pecal

dah nak raya ni org lain semua tunjuk gambo kuih muih tp saya tetap dgn resipi masakan yg semua og dah bole buat...apada...lembab tul la...hehhehe...dah la gambo pecal ni mcm tak cukup korum je tp mmg pun sbb gmbr kuah kacang tak amik...mcm laki mati lak...pasangan tak cukup...nntla kalau buat lagi br amik gambo kuah kacang tu...ni semua sbb gegas nak berbuka la ni, smpai tak sempat nak snap gambo...huhuhuhu...resipi yg sgt simple, sesapa pun bole buat....

PECAL

Bahan sayur :
  • 1 ikat kangkung ~ dicelur mcm yong tau foo tu....
  • 1 biji timun ~ disagat
  • taugeh ~ dicelur sebentar
  • 4-5 tauhu ~ dipotong segitiga dan digoreng, kemudian dihiris kecil.
Cara menyediakannnya :
Letak semua sayur dalam bekas, sudukan kuah kacang, kemudian gaul supaya mesra. Sedia dihidangkan.

* kalau tak mahu gaul sekalu, asingkan dahulu...apabila sdh hendak mkn baru dimasukkan kuah kacang.

Monday, September 6, 2010

Sandwich Gulung

salam...mmm ramadhan dah nak berlalu dah...dptkah kita beremu lg di thn hadapan...sedih rasa hati tp semua perlu diteruskan...insyaallah...buat sandwich gulung ni sbb dah taktau nak masak apa utk dibawa ke umah mak nak buat berbuka...nak beli, bajet lari, maka usaha la buat sendiri...takpela sekurang kurangnya saya belajar sesuatu...uishhh kenapa mood mcm sedey je nih...ntah la...layan je la resipi ni...amik dr Kak An Periuk Tanah ..terima kasih kak, mntk izin amik resipi yer...

SANDWICH GULUNG
Sumber : Kak An Periuk Tanah

Bahan-bahan: (menghasilkan 4 gulung sandwich)
  • 8 keping roti sandwich
  • 1 mangkuk sambal sardin yang dihancurkan isinya bersama kuahnya
  • 2 keping slice cheese dipotong 2(ikut citarasa) boleh diganti dengan cream cheese
  • daun salad secukupnya
  • hirisan tomato
  • margerin secukupnya
***timun, telur dadar ikut citarasa boleh juga dijadikan filling

Cara membuatnya :
  1. Nipiskan roti menggunakan pencanai agar tekstur roti padat. Buat hingga habis. Kemudian sapukan margerin/mentega di atas setiap keping roti.
  2. Letakkan inti sardin dan daun salad di atas sekeping roti dan letakkan cheese dan tomato di atas kepingan roti kedua. Tindankan hujung roti pertama dgn roti yg kedua. Gulungkan roti hingga habis.
  3. Balut roti yg sdh digulung dalam aluminium foil dan simpan dlm peti sejuk selama 3 - 4 jam.
  4. Setelah itu, keluarkan dr aluminium foil dan potong dalam 1 inci.
  5. Sedia dimakan.
* saya buat 3 inti iaitu tuna, sardin dan juga daging.

Friday, September 3, 2010

Jeli Kelapa

teruja tgk jeli kelapa kat pasar malam, teringin nak buat...jadinya gugel la resipi...dapat la jugak tp bila buat ikut resipi tu, jeli tak keras keras. Buat dari pukul 5 ptg smpai lps terawikh pun tak keras keras lagi. Taktau la mana salahnya...huhuhu, so the solution, saya tuang semula semua jeli tadi kedalam periuk, then tambahkan 1 peket agar agar stripe (12 gm) tu...barula keras skit....huhuhu...tp tak mengecewakan...mmg sedap...terubat nak makan....dapat la dalam 20 bekas kecil...

JELI KELAPA

Bahan A
  • 10 gram serbuk agar agar ~ saya mula buat tak jadi, tak keras, jadi baik masukkan agar agar stripe (12 gm) tu....
  • 3 mug air biasa
  • 1 cawan gula
Bahan B
  • 2 mug air kelapa
  • Isi kelapa muda
Caranya :
  1. Masakkan air dan serbuk agar agar sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan kacau biar larut.
  3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
  4. Masukkan agar agar ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk (chilled).



Monday, August 30, 2010

Kuih Gunting


resipi ni dah lama dah amik ni...simpan kat buku tu...tetiba teringin nak buat sbb thn ni azam takmau beli kuih muih ni...nak buat sendiri...hahahhah...insyaallah akan kubuat semuanya...tp tak le byk pun...sekadar nak bg sorg sikit tu boleh la kan.....maklang saya selalu buat kerepek ni masa raya, teringat lagi...sebalang pun saya boleh habiskan...heheheheh..kalau raya kuih2 ni slow skit tp kalau kepek2 tu mmg laju je abisnya kan.....

KUIH GUNTING
Sumber : Kak Hajar's FP dari Buku Koleksi Rasa

Bahan bahannya:
  • 300 gm tepung gandum
  • 8 pelepah daun kari ~ digunting halus
  • 90 gm margerin
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 100 ml santan pekat ~ dr 1/2 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menggoreng
Bahan rempah
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan ketumbar
Cara penyediaannya:
  1. Satukan tepung gandum, rempah, garam dan serbuk cili.
  2. Masukkan daun kari.
  3. Gaulkan adunan dgn margerin.
  4. Masukkan santan dan uli menjadi doh.
  5. Bentukkan doh memanjang. ~ cara saya...buatkan doh kecil, leperkan dgn penggelek hingga nipis, potong memanjang, baru gunting halus.
  6. Gunting halus ke dalam bekas yg ditabur sedikit tepung.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
kruk kruk kruk...mmm...meh arr join tgk tb nguyah kuih gunting ni....

Monday, August 23, 2010

Ayam Masak Kicap Kering

Resipi ni main campak campak sajer..tp sebenarnya masakan yg takde sukatan ni lagi sedap sebenarnya...sedap mkn dgn nasi panas panas, atau ratah gitu saja pun elok...utk kanak2 mmg la sgt sesuai sebab tak pedas....

AYAM MASAK KICAP KERING

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecik2, dibersihkan, lumur dgn garam dan kunyit. Kemudian, goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • garam dan gula
Cara-caranya:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan kicap dan sos cili. Kacau serata, biarkan sedikit garing. Masukkan air. Biar pekat takpe...
  3. Masukkan bawang besar dan sesuaikan rasa dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
  4. Tabur cili merah tadi. Sedia dihidangkan.

meh meh meh...amik la seketui wei...mkn panas panas ni...mmg best!

Ayam Masak Merah

salam ramadhan...heheheh...ni resipi sebenarnya cilok dr TTM Melben tu ler..ingat nak tgk sedap ke dak ayam merah mak jah ni...wallaweiii...betui la...mmg sedap...kalau 2-3 ari pya lagik sedap..sahhhhhh!!!!!mmg dia tak bohong...hahahahah...saya buat 1/2 ekor ayam jer...so pandai2 la yer...layannn....mntk kopipes yer...esok2 anak2 leh tiru resipi ni kat sini...femesss gitu.....


AYAM MASAK MERAH MAK JAH
Sumber : TTM

Bahan-bahannya:

Bahan marinate
  • 1 ekor ayam potong21 bungkus 50 sen rempah kari daging adabi/babas
  • garam
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu cuka makan
Gaul bahan dan perap selama sekurang2 sejam. Lepas tu goreng separuh masak.
*Kuah marinate jgn buang.

Bahan tumis:
  • 1 labu Bawang besar hiris bulat2 bawang putih, ketuk
  • 1/2 inci halia, ketuk
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 1 cawan cili kering yg dikisar dengan bawang kecil dan bawang putih
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 mangkuk santan
  • carrot/kacang peas
Cara caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sampai bawang layu.
2. Masukkan kuah marinate ayam, kacau sampai sedikit garing
3. Masuk cili boh, kacau sampai garing dan naik minyak.
4. Masukkan sos tomato, kacau lagi. Masukkan carrot.
5. Masukkan santan, kacau dan tunggu sampai mendidih, masukkan garam dan boleh la masukkan ayam yang dah goreng tadi. kacau sekali sekala sampai kuah pekat.

Harus cuba lagi.....

Monday, August 16, 2010

Coney Dog

mari mari makan ini coney dog...lebih sedap dr A&W...hahahah...mmg pun sedap betui la...mkn seketui nak 2 ketui...hahahha...jgn la mkn byk2...heheheh...layan je resipi kat bawah....

CONEY DOG

Bahan-bahannya:
400 gm daging kisar RAMLY
3 biji tomato ~ potong dadu
2 labu bawang besar ~ potong dadu
1 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 biji tomato muda ~ potong dadu
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
minyak
garam
oregano ~ kalau suka
mayonis, salad

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
4. Gaul rata dan biarkan sampai pekat.
5. Taburkan oregano dan kacau lagi.
6. Masukkan dalam pinggan.
7. Belah roti hot dog tp jgn sampai putus dan masukkan daun salad.
8. Masukkan bahan yg dimasakkan dan hiaskan dengan sos cili dan mayonis.

Ayam Goreng Bersos Lemon

resipi ni pun dah lama jugak buat...try n error resipi tp hasilnya alhamdulillah memuaskan tp kena kurangkan sikit sos lemon tu, biar agak agak rasa jer...baru sedap..nnt nak cuba lagi lah...

AYAM GORENG BERSOS LEMON

Bahan bahan:
  • 400 gm isi ayam ~ saya guna 1/2 ekor ayam
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Caranya : Dalam satu mangkuk, satukan kesemuanya, kemudian ayam digoreng garing. Angkat dan ketepikan.

Bahan Sayur:
  • 1/2 biji capsicum
  • 1/4 biji kobis bunga
  • 1/2 batang carrot
  • 1 biji bawang besar ~ belah 4
  • sedikit daun limau purut
Caranya : Goreng semua sayur. Perasakan dgn garam. Angkat dan ketepikan.

Bahan bahan Sos Lemon
  • 4 sudu mkn jus lemon
  • 5 sudu mkn gula
  • 3 sudu mkn tepung jagung
  • 300 ml air atau secukup kepekatan yg diinginkan
  • 1 sudu mkn cuka atau setitik dua lemon paste
Cara penyediaan sos lemon :
  1. Satukan kesemuanya dlm periuk kecil. Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit. Rasa apa yg kurang.
  2. Padamkan api lalu sejukkan.
  3. Sedia utk digunakan.
Cara menghidangkan :
  • Letakkan ayam yg sudah digoreng di atas pinggan. Kemudian, letakkan sayur di atas ayam, curahkan dgn sos lemon. Sedia dimakan dgn nasi panas...







Kung Pao Dory Fillet

resipi ni dah berkurun dah buat tp ambil gmbr hanya guna camera hp, nak upload tak ter upload...ni br la berpeluang....resipi asalnya semua guna ayam tp saya takde stok ayam, maka saya gantikan guna dory fillet...sama jer...tp rasanya ikan lagi sedap dr ayam (sebbnya saya mmg gemar ikan...heheheh)...tp mesti cuba resipi ni...mmg sedap!kecewanya sebab gmbr kurang memuaskan tp rasanya mmg memuaskan...hahahhah

KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
  • 600 gm isi ayam ~ potong kecil
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
Caranya : Isi ayam disalut sedikit garam dan tepung gandum, kemudian digoreng.
* saya gantikan ayam dgn Dory Fillet

Bahan B

  • 100 gm kacang gajus ~ tak masukkan
  • 30 gm lada kering
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu besar
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 inci halia ~ hiris
  • 1 biji capsicum ~ potong lebar
  • 3 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • minyak utk menumis
Cara caranya:-
  1. Panaskan sedikit air dlm kuali.
  2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  4. Masukkan lada benggala/capsicum, isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air.
  5. Biarkan kering, kemudian masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.



Ikan Kembung Masak Masam Manis

kali ni buat guna ikan kembung pulak...mmg sedap..biasa la kan kalau resipi yg ada masam manis pastu masuk nenas pulak mmg la licin...resipi kesukaan keluarga kami...resipi boleh ambik kat sini yer....

Kuih Lopes

lama tak mkn kuih tradisi nih...tgk ada lagi beras pulut maka truskan jugak dgn projek kuih ni...mmg sedap, lembut...

KUIH LOPES

Bahan-bahan:
2 cawan pulut - basuh dan rendam
2 cawan santan + sedikit garam
1 cawan jus air pandan
1/2 biji kelapa parut muda
daun pisang (dilayur terlebih dahulu) & tali secukupnya

Bahan2 air gula:
200gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
250ml air
1 helai daun pandan

* campurkan semua bahan dan kacau hingga larut.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak lebih kurang 30 min.
  2. Keluarkan dan biarkan sejuk.
  3. Letakkan lebih kurang 3 sudu makan pulut di atas daun pisang. Gulungkan ia, tekankan supaya pulut tadi mampat dan kemas dan ikat tiap hujungnya dgn tali. Buat hingga habis.
  4. Kemudian, kukus sekali lagi selama 10-15 minit.
  5. Bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut muda.
  6. Hidangkan dengan air gula merah.

Kerabu Taugeh Pucuk Paku

salam...amacam puasa kwn2...baik kan??...semoga diberkati hendaknya...mmm teringin sgt nak mkn kerabu ni....alhamdulillah...dapat jugak...sedap dimakn dgn nasik panas...makn begitu saja pun sedap jgk...resipi di bawah ya...

KERABU TAUGEH PUCUK PAKU
Resipi asal : Bondaku

Bahan-bahan:

* 1 mangkuk besar taugeh ~ celur kejap
* 1 ikat pucuk paku ~ ambil yg lembut shj
* 1 biji bawang besar ~ mayang
* 1 kuntum bunga kantan ~ hiris
* 3 batang serai (2 btg dihiris nipis & 1 btg* ditumbuk bersama bwg & cili)
* 5 ulas bawang merah* ~ hiris kasar dan ditumbuk kasar
* 2 ulas bawang putih* ~ hiris kasar dan ditumbuk kasar
* 8 biji cili merah* ~ hiris kasar dan ditumbuk kasar
* 1 sudu besar udang kering* ~ ditumbuk kasar
* garam, gula & perasa
* 1 sudu besar santan
* 2 sudu besar kerisik (yg dah siap tumbuk)

Cara2 Menyediakan
1. Tumbuk kasar serai, bawang merah, bawang putih, cili merah dan udang kering. Ketepikan.
2. Campurkan pucuk paku, taugeh celur, bawang besar mayang, hirisan serai, bunga kantan, kerisik, bahan bahan tumbuk serta bahan2 perasa (garam, gula & perasa) secukupnya. Gaul rata dan perasakan secukup rasa.
3. Apabila sedia dimakn baru campurkan santan. Gaul rata.
4. Sedia utk dihidang... memang sedapp

Nota :-
1) Jika nak masukkan kerang rebus, ikan rebus atau perut juga boleh...lebih sedap...
2) Santan dimasukkan semasa hendak mkn kerana jika masukkan awal, kerabu akan berair, tak sedap dinikmati.

Makaroni Goreng

hehhehe...mari mkn makaroni pulak...buat berbuka puasa, sebenarnya nak abiskan stok yg ada sbb mggu ni nak beli stok baru...respi amik kat blog cik Mat Gebu...saya mntk Cnp ye cik mat...mmg sedap..anak2 mkn pun katanya sedap...tp saya buat tak berapa pedas....

MAKARONI GORENG

Sumber : Che Mat Gebu

Bahan bahannya:-

* 250 gm makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan gaulkan dgn 1 camca teh minyak zaitun/jagung/minyak masak
* 1/2 biji capsicum hijau ~ didadu
* 1/2 biji capsicum merah ~ didadu
* 1/2 biji capsicum kuning ~ didadu
* 2 batang sosej lada hitam AYAMAS ~ didadu atau hiris nipis
* 1/3 cawan isi udang
* 6-7 kuntum cendawan butang ~ dihiris
* 1 camca besar sos tomato
* 1 camca besar sos tiram
* Kicap cair secukupnya

Bahan bahan dikisar halus:-

*
7-8 tangkai cili kering, ~ guna cili boh pon boleh, masukkan 1 sudu besar
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 camca besar udang kering

Cara caranya:-

  1. Tumis bahan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan isi udang dan juga sosej, kacau rata. Masukkan sos tomatao dan sos tiram, tuang sedikit air (1/2 cawan) dan biar mendidih pada api perlahan.
  2. Masukkan cendawan dan semua bahan didadu. Kacau rata dan masukkan makaroni tadi. Perlahankan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan bahan lain. Perasakan dgn kicap cair, gaul rata. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi.

Thursday, August 12, 2010

Onde Onde a.k.a Kuih Buah Melaka

Salam Ramadhan! ni adalah juadah puasa pertama..tak masak sbb maka suruh berbuka kat umah dia..maka saya buatla kuih ni utk bwk kat sana...sedap btul la..mkn smpai terpancut gula tu dr mulut...hahahah...

ONDE ONDE atau KUIH BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya - kalau takmau guna je pewarna hijau pandan tu...
2 ketul gula melaka - dipotong kecil kecil mcm kiub
1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja)- digaul garam sedikit

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

Sedap kuih ni...sebijik masuk mulut..tersembur inti dia...hahahah

Puding Karamel

Malam Sabtu sblm Ramadahn aritu, Jln 4/7 (umah mak) ada buat BBQ...huhhu..mcm2 ada...nasi goreng, mee goreng, mushroom soup, whipped potato, ayam goreng, kamben bakar...mcm2 lagi la...sbg org paling rajin saya pun buat la puding ni atas permintaan mak mertuaku...hehheh...cari la resipi...last skali, amik resipi ni...ada kay Myresipi by Alia...dah ikut dah segala arahan betul2 nih tp persembahan rupa tetap burok!menci! apahal ha jadik gitu...huhuhuhu...kecewa la skit sebenonya tp bwk la jugak...last skali masa abis nak basuh semua pinggan ...mak mertua kata.."rossa ikut resipi mana buat puding tu???semua org puji sedap!awat buat skit sgt..."hahahahahah...moral of the story..walaopon rupa pudingku buruk tp rasanya sedap!!!!!panjang lak mukaddimah...hahhaah...cuba la resipi ni....

PUDING KARAMEL
Sumber : Alia Myresipi

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

• 400cc(400ml) susu segar/susu cair
• 5 sudu besar gula halus
• 3 biji telur- pada suhu bilik
• 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
• 2-3 titik esen vanila

* saya hanya guna 4 biji telur

Bahan bahan KARaMEL

• 5 sudu besar gula
• 2 sudu besar air

Cara-cara :

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

* saya guna kaedah kukus...Selamat mencuba....