Thursday, April 29, 2010

Coklat Farewell




Coklat utk farewell staff hubbyku...10 org semuanya...

Tuesday, April 27, 2010

Tuna Paratha Puff


Salam...
Nak masak apa yer utk bekpes ni...huhuh..godek punya godek...adala setin tuna TC BOY dgn roti paratha ni...apalagi..ni lah hasilnya...

Bahan bahan
Tuna
Roti Paratha - brand KAWAN
Sebiji telur - amik kuning saja utk sapuan

Cara cara:
1. Roti paratha dipotong 4.
2. Letakkan inti tuna di tengah roti paratha yg dipotong td. Lipat ke sebelah agar roti menutupi inti. Ambil sudu, tekan hujung roti paratha itu. Nmpk seperti kelim..hehhehehh
3. Sapukan atas roti dgn kuning telur.
4. Bakar dlm oven hingga kekuningan.

Makaroni Goreng Tomyam



Ini satu lagi resipi saya cilok dr FP Kak Hanieliza...makasih kak..saya C&P yer...sedap bangat ni...suami dan ank anak mkn smpai licin...hahahahh...

Makaroni Goreng Tomyam
Sumber : FP Kak Hanieliza

Bahan
500 gm makaroni
300 gm daging cincang
1 tin cendawan butang [belah 4]
1 batang carrot [potong dadu]
3 biji buah tomato mengkal [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
5 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang kuning besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
5 s/b cili mesin - saya ganti dgn pes TOMYAM NONA
3 s/b minyak
garam
daun sup & daun bawang [cincang halus]

Cara
1. Didihkan air dan rebus makaroni sehingga lembut. Siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan pes tomyam dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.
5. Masukkan carrot , garam dan sedikit air. Kacau rata dan masakkan sehingga carrot lembut.
6. Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsicum. Kacau rata.
7. Bila dah nampak sebati dan masak boleh hidangkan.
8. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencubaaaaaa...........

Bihun Bandung



Ini adalah bihun sempoi saja, tp mak saya yg panggil sbg Bihun Bandung sbb ada dimasukkan telur...resipi sendiri yer, mudah saja...main campak saja...

Bihun Bandung
Sumber : Sendiri

Untuk Kuah
*1 sudu minyak masak
*4 sudu sos cili
*4 sudu sos tomato
*2 sudu sos tiram
*1 ulas bawang putih - dihiris
*1 ulas bawang merah - dihiris
*garam & gula
*air secukupnya
*sebiji telur
*bihun/kue teow/mee

Sayur sayuran....saya masukkan carrot, putik jagung, kobis, kobis bunya, tomato

Cara caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram...kacau...setlah agak pekat, masukkan air.Tunggu hingga mendidih.Perasakan dgn gula dan garam.
3. Kemudian, masukkan segala sayur sayuran, tggu hingga agak lembut, pecahkan telur.
4. Sediakan bihun/mee/kue teow, tuang kuah td di atasnya..siap boleh dinikmati...

Nasi Ayam



Hujung minggu ...entah rasa amatlah rajinnya nak memasak....saya pun mencuba nasi ayam ni..lg pun ini kegemaran anak dara saya si Ceybah tu...Alhamdulillah mmg sedap...saya hanya buat separuh dari resipi di bawah ni...

Bahan
1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik] - takda stok
bawang goreng - pun tak bubuh
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cili sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Monday, April 19, 2010

Laksa Asam


Ini mmg kegemaran saya ni...laksa...yummy...kalau mkn ni berpinggan boleh habis tp ada satu syarat la...saya mkn yg mak saya buat sahaja atau resipi mak saya sbb ntah la...ada kelainannya...maklum la air tgn ibu kan....Lagi satu, laksa asam yg mak saya buat, dia akan masukkan beberapa potongan kecik nenas dlm kuah laksa tu,lagi satu, laksa ni mmg tak letak belacan...tu yg kick kot...heheheheh....ntah la...tp mmg mabeles....

Laksa Asam/Laksa Penang
Resipi Mak

  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang
  • 3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu(jika mahu)
  • 4 biji limau kasturi-potong 2
  • 1 bawang besar dimayang
  • 1/2 biji nanas dibuang empulur - hiris nipis
  • Daun salad - dihiris halus
  • Cili merah - dihiris
Bahan-bahan untuk kuah:-
  • *4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.

Cucur Udang Berjagung

Salam....wahhh agak lama tak update ni...heheheh...penyakit 'M' melanda....huhuhu...malas btul nak edit gmbr2 ni...Cucur udang ni pun lama dah buat ni...Layan je la resipi ni...

Cucur Udang Berjagung

Sumber : Resipi sendiri....


Tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya
udang
jagung


1. Masukkan telur dlm tepung
2. Larutkan garam dan kunyit dlm air, masukkan sikit2 ke dlm tepung dan gaul
3. Masukkan udang, jagung, gaul sebati cam selalu kita nak buat cucur
4. Ambil satu sudu adunan dan goreng dlm minyak yg banyak

Kuah Kacang (Resipi Mak)

5 ulas bawang merah-blend
2 ulas bawang putih-blend
serbuk cili-letak byk kalau nak pedas
2 tbsp brown sugar
sedikit kicap lemak manis
1 tsp air asam jawa
kacang tanah-goreng tanpa minyak dan diblend kasar
air secukupnya
garam secukup rasa


1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili
2. Agak garing..masukkan kacang, kacau sebentar
3. Masukkan air, air asam jawa, kicap dan juga dark brown sugar
4. Kacau sebati
5. Perasakan dgn garam...agak pekat leh le diangkat