Tuesday, November 22, 2011

Pavlova

Asaalamualaikum.............
Sana sini tgk kat blog sifu2 masakan semua buat pavlova...apa bendanya tu...cantik cantik betui bila tgk gmbr...hati teringin nak buat...nak nak pulak adik ipar pun ajak buat sekali...so, mlm sehari sblm ari raya haji aritu kitaorg pun keletung keletang la siapkan pavlova ni....wahhh...mmg manis dia punya base tu, patut la kena letakkan buah2 yg masam tp mmg sedap la...kalau simpan sekejap dlm peti then br makan lagi nertambah sedap....resipi saya amik dr Dapur Kak Zai Teratak Impian....
Saya mntk copy yer kak dan panjangkan ke sini....terima kasih




PAVLOVA
Diolah sedikit oleh : RossDeli

Bahan-bahannya
  • 4 biji putih telur (120 g)
  • 1 cawan gula kastor (200 g) - akak letak 3/4 cawan gula kastor ~ saya pun....
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1 tsp cuka makan
  • 1/2 tbs tepung jagung

Hiasan
  • 1 tin pic
  • 1/2 cawan strawberry
  • 1/2 cawan anggur
  • 1 cawan whipping cream

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
  2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
  3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
  4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
  6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
  7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
  8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
  9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
  10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.


Selamat mencuba..........

Sphagetti Tuna


Assalamualaikum w.b.t...
buat menu yang paling ringkas semata mata nak tgk final bola Malaysia vs Indonesia mlm tadi...alhamdulillah makanan licin, kita menag pulak tu....

  • 1 peket sphagetti ~ direbus bersama sedikit minyak dan garam
  • 2 tin tuna in olive oil
  • 1 labu bawang besar ~ potong dadu
  • 1/2 biji carrot ~ dipotong dadu
  • 1/2 biji tomato ~ potong dadu
  • 5 sudu besar sos sphagetti
  • sedikit keju parmesan
  • sedikit garam
  • 1 cawan air

Cara penyediaannya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan carrot, kemudian tuna. Kacau sebentar.
  3. Masukkan air. Apabila agak kering, masukkan tomato dan garam.
  4. Letakkan sphagetti di dalam pinggan dan tuangkan tuna tadi di atasnya dan taburkan keju parmesan.
  5. Sedia dihidangkan.

Tuesday, November 15, 2011

Mee Hailam Menyengat

Assalamualaikum...mari mkn mee hailam...resipi ni mudah dan sedap...tak rugi mencuba...terima kasih kepada penyumbang resipi dan terima kasih jugak kepada Kak Azlita yer...izinkan saya majukan resipi ni ya....

MEE HAILAM MENYENGAT

  • Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih
Ita cadangkan menggunakan daging batang pinang supaya kita tak perlu merebus....Jika menggunakan daging biasa rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah.

  • 10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
  • 1 labu bawang besar - di cincang halus
  • 2 ulas bawang kecil - di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
  • 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit sawi
  • lobak - dihiris
  • 2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
  • Garam - secukup rasa

Bahan yang di makan bersama
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk - jika suka

Cara penyediaannya....
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
  3. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
  4. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
  5. Biar mendidih sekejap
  6. Masukkan udang
  7. Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
  8. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
  9. Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.


Wednesday, September 21, 2011

Fruit Tartlet


Assalamualaikum....

rasa macam nak buat tartlet pulak sbb dah lama tak makan....fuhh...kali ni try amik resipi dough kat TTM ...mmg lain skit rasa tart shell dia ni....filing kali ni saya guna filing custard...saje nak try...mmm, mmg sedap...letak pulak buah buah segar tu...wallaweiii....lemak pun apa lagi...mencanak la...hehheheh

FRUIT TARLET
Sumber CNP : TOPSYTURVYMUM


Bahan bahan:


  • 400gm plain flour - diayak
  • 100gm ground almond
  • 125gm icing sugar - diayak
  • 250gm butter - dipotong kiub kecil2 supaya senang diramas
  • 1 'B' egg - dipukul skit aje
  • 1 sk vanilla essence

Cara caranya:
  1. Campurkan tepung, almond, gula dan butter. Ramas kesemuanya hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan essence. Ramas lagi bagi sebati.
  3. Bulatkan doh dan bungkus dengan cling wrap. Simpan dalam fridge sekurang2nya sejam.
  4. Selepas sejam atau beberapa jam...bila ready nak buat shell....grease mould dengan butter.
  5. Preheat oven 180 C.
  6. Ambik sedikit doh dan bulatkan jadi doh kecil. Berat dalam 16 -18gm tiap satu.
  7. Tekankan ke dalam tart mould dengan kedua2 ibu jari. Ratakan bahagian dalam dulu. Then baru tekan dan ratakan doh yg terkeluar kat bahagian yg berlekuk tu. Jangan nipiskan sgt kat lekuk2. Nanti tak cantik.
  8. Buat dalam 10 biji, cucuk sikit kat dlm tart2 dgn garfu. Pastu susun dalam baking tray dan boleh masuk dalam oven. Masak untuk 12 minit atau golden brown.
  9. Sementara tunggu tart masak boleh tekan lagi doh dalam mould2 yg ada. Ulang process hingga habis.
  10. Bila tart masak, sejukkan atas redai dan keluarkan dari mould.
  11. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas kedap udara.

RESIPI FILING CUSTARD
Sumber CNP : MAMA FAMI

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung ~ saya guna tepung jagung
  • 8 sudu besar gula ~ saya guna 6 sudu jer
  • 2 cawan (500 ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Cara penyediaannya :
  1. Campurkan tepung gandum, tepung kastad/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
  4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul
  5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Pernah dah buat dulu kat SINI tp dulu filing dia cream cheese....


sila lap air liur anda!!!!!!!

AYAM BAKAR BEREMPAH


AYAM BAKAR BEREMPAH
Sumber : ROSSDELI

Bahan bahan :
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa

Bahan kisar :

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara caranya :

  1. Kisar bahan bahan kisar hingga hancur. Campurkan dengan serbuk kari daging, serbuk cili, tepung gandum, telur dan garam. Biarkan 30 minit.
  2. Lumurkan pada ayam. Perapkan selama 30 min - 1 jam.
  3. Bakar ayam selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 22o'c.

MEE KARI


Ahad yg lps...br balik dr JUSCO tetiba student Mr W tepon nak mai umah...cadangnya mlm nnt dinner nak la masak mee kari...nmpk gaya kena la buat byk trus mee kari ni...nasib baik barang semua dah beli dah tadi...alhamdulillah..resipi ni saya mntk dr seorg kawan...mudah saja...


MEE KARI
Diolah oleh : ROSSDELI

Bahan bahan :
  • 1 peket spaghetti - direbus bersama sedikit garam dan minyak.
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • beberapa tangkai daun kari
  • 1 peket tauhu bulat
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ayam - dipotong kecil kecil
  • sawi, kubis, tauge, cili merah, telur rebus dan bawang goreng

Cara caranya :

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Serbuk kari dibuat pes dan tumis sekali dengan cili kisar ke dalam bahan kisar tadi. Masukkan daun kari. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan pula santan dan tauhu bulat. Kacau sentiasa.
  4. Bila kuah mendidih, masukkan garam atau gula ikut kesesuaian.
  5. Celur sawi, kubis dan tauge. Toskan.

Cara penyediaan : Masukkan sphagetti dan tuang kuah kari dalam mangkuk. Susun sawi, tauge, kubis, telur rebus dan tabur bawang goreng dan cili merah. Sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA....

STRUDELS SARDIN


salam...ari sabtu lps ada jiran dekat umah mak buat makan makan...byk makanannya...antaranya mee kari, pasembor, kek coklat, banana gulung dan apple strudels...En. W mkn byk la sbb semua tu feveret dia....balik umah dia bisik2 epal strudels tu sedap katanya...dia srh sy buat...hmmm...ok je tp epal pulak takde...so, saya gantikan intinya kpd sardin...wallllaaaa....sedap weiiiiii.....

STRUDELS SARDIN
Sumber : ROSSDELI

DOH PASTRI
Bahan bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan mentega - dicairkan dan sejukkan
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara caranya :

  1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Buatkan bulatan di tengah. Masukkan mentega cair tadi. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tidak melekat tangan dan jadi doh.

INTI SARDIN

  • 1 tin sardin
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • air asam jawa
  • garam
  1. Sardin diasingkan kuah dan isinya. Isi sardin di lecek hingga hancur.
  2. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan kuah sardin tadi. Kacau sebentar.
  3. Masukkan isi ikan tadi diikuti air asam jawa. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan bawang besar dan kacau hingga kering.

CARA MEMBUAT STRUDELS

  1. Ambil sedikit doh tadi. Gelek hingga leper. Potong menjadi 4 segi.
  2. Ambil sedilit inti sardin, letakkan di hujung kepingan tadi. Gulungkan ia.
  3. Buat hingga habis doh.
  4. Bakar dalam oven selama 20 min pd suhu 200"c hingga masak keperanga.

Wednesday, September 14, 2011

KERABU AYAM

'MARI MAKAN MAKANAN SIHAT"...fuhhh slogan...mmg best...konon nak mkn makanan sihat....kerabu ayam ni mmg sesuai...mkn dgn nasik bole, roti bole, ratah je pun bole....hmmm...sedapnya....

KERABU AYAM
Sumber : ROSSDELI

Bahan-bahan :

  • 1 keping dada ayam - digoreng, kemudian dicarik carik
  • 2 biji limau nipis / limau purut
  • Daun ketumbar
  • 1-2 bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 5-10 Cili padi (ikut rasa)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)

Cara-caranya :

  1. Hiriskan bawang besar, daun ketumbar, tomato dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan ayam. Kemudian satukan dgn sos ikan, garam dan gula. Perahkan limau nipis. Gaul hingga mesra.
  3. Sedia dihidangkan.

Kuah Rojak

salam syawal....bulan posa aritu rasa mcm nak mkn colek la pulak...nak beli kuah malas, rasa mcm nak buat sendiri so google resipi...dapat la jugak...try resipi ni...mmg sedap...fuhhh...layan ngan mangga, jambu, timun, nenas...fuhhhh...sedapppp....


KUAH ROJAK
Sumber : CHEKGU BIZI

Bahan-bahan :
  • 1 cawan cili sos
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan kicap manis/masin
  • 10 biji cili padi ditumbuk
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan gula merah
  • 1 sudu makan belacan bakar
  • 3 sudu mkn bijan
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar, lagi banyak lagi best

Cara penyediaannya :
  1. Masak kesemua bahan atas api sambil dikacau hingga mendidih.
  2. Tutup api, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
  3. Hidangkan bersama buah-buahan & sayuran yg disukai spt mangga muda, epal, stroberi

Wednesday, August 10, 2011

Roti Garing Rangup Lagi Versi Tuna - Ramadhan 9

Assalamualaikum....
apsal menu ulangan???? taklah...mana ader...semlm punya inti lain...arini inti tuna pulak...hehheeh
rasa syg nak buang lebihan bancuhan semlm, kuarkan dr peti ais pastu buat inti lain...tp mmg sedap jugak...licin....


Resipi inti tuna
  • 1 tin Tuna in Olive Oil
  • 1 biji bawang besar ~ didadu
  • sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar mayonis

Caranya :

Campurkan semua bahan di atas dalam mangkuk, ratakan...kemudia sapu pada roti, celupkan dlm tepung, gorng hingga keperangan...



SELAMAT BERPUASA...........

Tuesday, August 9, 2011

Laksam - Ramadhan 7


Assalamualaikum...
dah 7 ari kita berpuasa...semoga diberkati dan dilimpahi rahmatNya...En. W asik dok kata teringin nak mkn laksam...google resipi dapat la satu yg rasanya sgt mudah...mmg mudah pun...buat byk jugak...bole dimkn utk satu family...semua bagi saya 5 bintang!!!!!!!!!!...hehheheh....terima kasih pada penyumbang resipi....


LAKSAM
Sumber : Kak Yani@Myresipi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
Bahan bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tu
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

Bahan Bahan Ulam - semua dipotong halus
  • timun
  • kcg panjang
  • taugeh
  • daun kesum

Sambal cili
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Roti Goreng Rangup - Ramadhan 8

Assalamualaikum....utk menu arini, buat roti goreng rangup ni...intinya di ambil dari DTS Che Mat Gebu...mmg sedap intinya...rasa mcm tak cukup pulak...mmg kena buat lagi....resipi salutan ni amik dari Anna Qaseh-AzZahra ...makasih yer...empunya resipi ni yelah Hasue@My resipi...terima kasih utk semua....saya panjangkan resipi ni utk semua yer...


ROTI GORENG RANGUP

Bahan-bahan
:
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti
Sumber :Che Mat Gebu

  • 1 cawan isi ayam yang dicencang halus
  • 1 biji bawang besar, didadu halus
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1 inci halia, tumbuk halus
  • 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar rempah kari daging
  • 1/2 camca besar sos tomato
  • 2 pokok daun bawang, hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.


Cara penyediannya :

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan inti ayam dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

Wednesday, July 13, 2011

Mee Udang Sedap


Assalamualaikum.....
semalam saya berpuasa ganti...pastu En. W call tanya nak mkn apa berbuka...rasa mcm malas nak beli kat kedai...so decide nak masak je la...simple pun ok la...dlm hati nak masak mee bandung...round tgk blog kwn2 jumpa resipi mee udang yang sgt mudah dan menarik...saya pun try la...mmg betulll....sgtttttttttt sedap...saya guna resipi dari Kak Madiha...tapi saya dah edit skit ikut citarasa...terima kasih ye kak dan CT......En. W srh masukkan dlm list masakan yg akan diulang...saya panjangkan resipi kat sini yer....

MEE UDANG
Sumber 1 : CT Zaliedana (resipi utk 1-2 org) - klik link utk dptkan resipi asal
Sumber 2 : Kak MadiHaA (resipi utk 6-7 org) - klik link utk dptkan resipi asal
Diedit oleh : RossDeli

Bahan bahannya :
  • 1 peket kue teow - dibasuh dan ditoskan
  • 6 ekor udang saiz besar ~ dibasuh dan ditoskan
  • 3 cawan air ~ ini agak agak yer....
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar sos tomato *
  • 1 sudu serbuk pati ayam *
  • 1 sudu besar sos nampla @ sos ikan *
  • 1/4 kubis ~ dipotong kecil
  • 1 biji buah tomato
  • 1 sudu besar gula *
  • 1 sudu kecil garam * ~ ikut citarasa
  • minyak untuk menumis

Bahan Dikisar (A)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering
  • air secukupnya

Bahan Dikisar (B)
  • 1 1/2 biji kentang ~ buang kulit dan direbus hingga empuk
  • 3 ekor udang segar tanpa kulit
  • air stok rebusan kentang secukupnya

Bahan tambahan
  • Telur rebus
  • Cili merah
  • Limau kasturi
  • Daun salad
  • Bawang goreng
  • Tauhu Goreng
  • Daun sup daun bawang
........ (saya letak hirisan tomato, tauge, bawang goreng dan daun sup daun bawang sahaja)

Cara cara menyediakan :
  1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan dikisar (A) serta cili kisar dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan bahan dikisar (B) dan tambah 3 cawan air (ikut kepekatan dan banyaknya kuah yg kita mahu). Kacau rata dan biarkan seketika.
  3. Masukkan bahan bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan udang dan sayur sayuran lain. Biar sebentar hingga sayur lembut. Rasakan kuah biar secukup rasa. Kacau sekejap dan padamkan api.
  5. Hidangkan mee bersama kuah serta bahan bahan tambahan mengikut citarasa sendiri.


**** bahan tambahan bole ditambah ikut citarasa....

Disyorkan agar mencuba sbb sgt sedappppppppppppp

Tuesday, July 5, 2011

Fruitty Jelly Pudding

Assalamualaikum.....

Panas panas ni sedapkan kalau dpt mkn puding mcm ni...
amik resipi dari umah kak nor secubit gara...
sedap...makasih ye kak....

FRUITTY JELLY PUDDING
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
  • 3gm serbuk agar2
  • 450ml air
  • 5 sudu besar gula
  • mangga, strawberi, kiwi ~ dipotong kiub
  • blueberi

Lapisan puding (bawah)
  • 5gm serbuk agar2
  • 500ml air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 7 sudu besar gula
  • 120ml puri strawberi ~ takde stok stroberi

Cara :
Lapisan berkaca (atas)
  1. Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
  2. Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api. Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)
  1. Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
  3. Bila adunan puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puri strawberi.

Utk membuat puding:
  1. Basahkan mould yg akan digunakan.
  2. Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan buah2an.
  3. Biarkan mengeras bahagian atasnya.
  4. Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
  5. Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
  6. Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.
  7. Hidangkan sejuk utk rasa yg lebih enak.

CUBA JGN TAK CUBAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 30, 2011

Yogurt Steamed Cupcake


Assalamualaikum...
bila tgk ramai dah try buat so teringin nak buat jugak...alhamdulillah sedap...saya buat mcm2 versi sbb dlm umah ni lain2 tekak...anak2 nak coklat, bapaknya nak oren...saya nak pandan...heheheheh

APAM KUKUS BERYOGURT
Sumber : Rima
Sumber CNP : Kak Nor Secubit Garam


Ingredients :
  • 2 cups sugar (1 1/3cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cups flour
  • 1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
  • 2 eggs
  • 1/2 tsp double acting baking powder
  • 1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
  • 1tsp chocolate paste
  • 1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)



Method:

  1. Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
  2. Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
  3. Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

Monday, June 27, 2011

Puding Semangka (Tembikai)


Assalamualaikum.....

Sangat tertarik tgk ramai org buat puding ni...saya pun try la buat....mmg menjadi...mmg cantik...sedap pun sedap walaupun manis skit...buat puding ni utk bg pd nenek sedara En. W yg buat tahlil ahad lps....masa buat ni nasib baik Cik N dan Cik K takde...bole la sy buat dgn selesa...hehheheh...sesapa nak try amik la resipi bawah ni...saya c&p dr umah Along Roz...

saya panjangkan resipinya kat sini yer....


PUDING TEMBIKAI
Sumber CNP : Along Roz

Bahan bahan:
  • 13 gm serbuk agar agar ~ saya guna agar agar tali 13 gm
  • 1250 ml / 5 cawan air
  • 180 gm gula ~ next time rasanya kena kurangkan skit
  • 2 keping roti *
  • 250 ml / 1 cawan susu segar *
  • 1/2 cawan susu pekat *
  • 1 sudu besar mentega *
  • bijan / cincau / agar agar warna hitam
  • pewarna merah dan hijau

Cara caranya:
  1. Blend semua yg bertanda * hingga halus.
  2. Masak air dan agar agar sehingga agar agar hancur.
  3. Masukkan gula dan kacau lagi hingga semua hancur.
  4. Masukkan bahan bahan blend. Kacau sebati. Apabila mendidih, tutup api.
  5. Ambil 3/4 cawan agar agar dgn pewarna hijau dan tuangkan ke dalam acuan. Kemudian, tuangkan 1 cawan agar agar yang tidak diwarnakan ke atas lapisan hijau tadi apabila sdh sedikit keras. Warnakan baki agar agar tadi dgn warna merah dan tuang ke atas lapisan agar agar biasa tadi.
  6. Tabur bijan/cincau/agar agar warna hitam.
  7. Sejukkan.

Selamat mencuba......

Tuesday, June 14, 2011

Sup Ayam dan Sayur


sepeninggalan suami mggu lps sbb outstation, taktau nak masak apa utk anak2...dua dua dah lapar dah...buat la sup ni...bole mkn dgn nasi, dgn bihun ke atau hirup saja...tgh harinya saya dan anak2 mkn dgn nasi...2 mangkuk abis...malamnya pulak jadikan sbg bihun sup...pun licin...hehheheh


SUP AYAM DAN SAYUR
Sumber : RossDeli

Bahan bahan :
  • 1 keping dada ayam - dipotong kecil
  • 1/4 biji kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji kentang - dipotong 4
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 500 ml air

Caranya:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang mutih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan kemudian ayam, kentang dan carrot. Biar hingga mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam. Masukkan kobis, perasakan dgn garam.
  4. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Sunday, May 15, 2011

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Salam ari Ahad...buat ayam ni utk dinner mlm tadi...dah siangnya mkn nasi bungkus jer...mlm meratah ayam je la yer...resipi ni amik dr umah Kak Hana...mmg sedap ayam ni..licin...yg besar, yg sederhana, yg kecik semua suka...siap jilat jilat pinggan lagi...alhamdulillah...saya cnp resipinya yer...terima kasih kpd semua...


AYAM PANGGANG/BAKAR ALA KENNY ROGERS
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran- saya guna 1 sudu jer sbb tak suka baunya
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya perap 6 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


saya buat set ni...ada ayam bakar, kentang goreng, dan sayur....mmg best!!! Kuah atas ayam tu sebenarnya balance bahan perapan, saya letakkan atas api, masak smpai pekat, curah atas ayam.....


Thursday, May 5, 2011

Sambal Kentang dan Ikan Bilis

Arini teringin nak makan sambal kentang mcm kat umah mak sedara mggu lepas...rupanya mudah ajer...terus buat...mmg sedap la...resipinya kat bawah yer...

SAMBAL KENTANG DAN IKAN BILIS
Sumber : RossDeli



Bahan bahan :

6 biji kentang
50 gm ikan bilis
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar gula melaka
1/2 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu kecil garam
sedikit kunyit serbuk
sedikit minyak untuk menumis
minyak utk menggoreng


Cara penyediaan :
  1. Kupas kentang, basuh dan potong 6. Lumurkan garam dan kunyit. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180' .
  2. Ikan bilis dibasuh, dibilas dan digoreng garing.
  3. Tumis sedikit minyak, masukkan cili giling. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula melaka dan garam. Sesuaikan ikut rasa masing masing.
  5. Masukkan kentang, ikan bilis goreng dan bawang besar. Kacau serata.
  6. Angkat dan hidangkan.
Hidangan ni sesuai untuk dimakan dgn nasi putih, roti atau ratah begitu sahaja...

Mee Bandung Muar - Jenama JT

salammm...saya mmg teringin nak buatkan mee bandung ni tp masalahnya hanya saya sorg je kat umah yg makan...rasa mcm tak berbaloi pulak...jadi saya pun cari la perencah yg readymade punya...di kedai dekat ngan umah tu hanya ada jenama JT..apa lagi terus ambik...ni lah hasilnya...sedap jugakkk...

Perencah Mee bandung Muar jenama JT


Bahan bahannya:
  • 1 bungkus PERENCAH MEE BANDUNG JT
  • 2 biji telur ayam
  • 200 gm ayam/daging/sotong/udang
  • 100 gm sawi
  • 2 bungkus mee (450 gm each)
  • 50 gm minyak masak
  • 6 gelas air
  • 6 biji bawang merah - hiris halus
  • sedikit daun sup dan bawang goreng
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minya dan tumiskan bawang merah hingga kuning.
  2. Masukkan 1 bungkus PERENCAH MEE BANDUNG JT dan air.
  3. Bila air mendidih, masukkan telur, ayam/daging/sotong/udang, dan sayur sawi. Perasakan garam.
  4. Masukkan mee kuning dan masak 5 minit.
  5. Hidangkan panas dgn daun sup.

********* resipi atas tu ambil dr peket perencah...kalau nak mencuba, pandai pandailah ejas....********hehheheh


~ Wassalam ~

Friday, April 29, 2011

Rich Chocolate Puding

Salam semua....apa khabar...arini nak masukkan entry yg lama dah buat ni, tak ingat bila...panas panas kalau ada jer pencuci mulut ni kan besttt...segar je tekak rasanya...resipi ambik dari Kak Nor Secubit Garam.....

RICH CHOCOLATE PUDDING
Sumber : Kak Jun & Kak Nor Secubit Garam

Bahan bahannya:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Caranya:

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Monday, April 18, 2011

Apam Dot Dot

Salam...ptg ni nak ke rumah abang kat Damansara, ingat nak bwk buah tangan skit, so apa la nak dimasak yer...cari punya cari...dapat idea nak wat apam dot dot ni...suka ngan gmbr kak Hana tunjuk apam dia yg kiut miut...comeyyy sungguh...resipi amik dr umah
Kak Hana..

saya cnp resipi kak Hana kat bwh yer...

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanila - ni ikut nasihat Kak Hana nih....
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Kak Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

***** Nak la cerita skit psl apam ni...cubaan pertama saya kukus is 20 min sbb terleka mendot dot...bukak je kukusan tu...kalernya dah pudar...huhuhu...hancur berkecai nak apam cun mcm Kak Hana punya....
*****Saya cuba lakali ke 2...masa kukus is 15 min....sama la jugakkk....huwaaaaaa
*****last skali nak abiskan adunan...saya letak dlm 8 min jer...yeyyyy....berjaya......

Conclusionnya...jgn kukus lama2 nnt warna dia serap.....


Huh...tgk la warna apam kat atas tu...dah kena serap...huhuhu...tp rasanya ttp maintain....

Thursday, March 31, 2011

Mee Kicap

Salam...Fuhhh...apa Kabar semua...ehh ada ke yg baca blog saya ni...heheheheh...nway, semlm balik dr gym rasa mcm nak masak...so, selongkar tgk apa yg ada...ni lah hasilnya....mee kicap...tp bkn kicap sgt pun...sedap...mudahhh...dan menyelerakan....

MEE KICAP
Sumber Ilham : Che'iza Myresipi
Olahan : RossDeli

Bahan Bahan:
  • 150 gm sphagetti
Untuk Kuah :
  • 2 ulas bawang putih - diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ayam (brand Maggi)
  • sedikit lada hitam kasar
  • 1 cawan air
  • 2 pokok kailan
  • 1/2 biji carrot
  • 1/4 biji kobis
  • 1/2 biji lada benggala
  • 2 biji cili padi - ditumbuk sikit
  • garam

Cara cara:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan garing. Keluarkan bawang putih (jgn dibuang, nnt ditabur atas mee). Sekarang kita akan dpat minyak bawang putih.
  2. Dengan minyak tadi, tumis halia hingga naik bau dan masukkan ayam, fish cake, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan air. Biar hingga ayam masak.
  3. Masukkan sayur sayuran, lada hitam, pati ayam dan garam. Biar hingga kuah pekat.
  4. Tutup api. Cara menghidangkan...letakkan sphagetti dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya.....Taburkan bawang putih goreng tadi bersama bawang goreng...
P/S : ikut resipi asal ada sup tp saya tak buat sbb tak sempat...maybe next time...tp mmg sedap mee ni....

Wednesday, March 23, 2011

Menu Dinner 20.03.2011

Ni adalah menu dinner kami 4 beranak...sumer ratah lauk je...udah mcm kucing...hehehheh

kailan goreng ikan masin....

Caranya : Seikat kailan di potong, tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan i ketul ikan masin basah, masukkan sayur kailan, bawang besar potong dan sedikit cili. Kacau hingga sayur layu.

dori fillet celup tepung...resipi tepung boleh amik kat SINI ....

Onion Ring

mmmm...sedapnya mkn kruk kruk...rangup betul la...resipi ni try n error je ni....

ONION RING
Sumber : RossDeli


Bahan bahan:
  • 3 biji bawang Holland
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung beras
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
  • air untuk bancuhan

Caranya:
  1. Bawang dikupas kulit. Dipotong bulat.
  2. Satukan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan lada sulah.
  3. Masukkan air. Agak agak le masukkan air tu. Bancuhan jgn sampai terlelu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak. Ambil bawang tadi, celupkan ke dalam bancuhan tadi dan goreng dlm minyak hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.

Selamat mencubaaaaaaaaaa...............

Saturday, March 19, 2011

Salad Nugget Ayam

resipi mudah utk diet...diet kunun...tu mayonis penuh...hmmmmmm

SALAD NUGGET AYAM
Sumber : RossDeli


Bahan bahan:
  • 10 keping nugget ayam - saya guna Ramly
  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1/2 biji carrot
  • sedikit mayonis
  • sedikit sos cili

Cara penyediaannya:
  1. Bakar nugget ayam tadi dlm oven hingga garing. Sesudah masak dan garing, gunting atau hiriskan nugget tadi. Ketepikan.
  2. Cincang atau hiris kubis, lada benggala dan karrot
  3. Letakkan sayur sayuran yg dihiris tadi dalam pinggan. Taburkan hirisan nugget ayam tadi di atasnya. Paipkan mayonis dan sos cili.
  4. Apabila hendak makan barulah digaul semuanya. Sedia dinikmati.

salad ni sedap dimakan begitu saja...kalau nak mkn dgn roti pun boleh....

Monday, February 14, 2011

Roti Poket Dengan Inti Ayam Teriyaki


Salam Maulidur Rasul...semua cuti kan...maka bolehla masak2 utk keluarga kan....ni resipi dinner mlm tadi..ramai dah sifu2 yg buat ni...tak tersenarai saya dibuatnya...alhamdulillah, saya pun berjaya jgk buatnya....filingnya saya letak ayam teriyaki...aslnya just nak buat mcm sandwich...ni gara2 teringat sandwich teriyaki yg saya mkn kat Singapore Disember lps...terus buat utk Roti Poket ni...resipi kat bwh yer...


AYAM TERIYAKI
Sumber Asal : Japanesefood.com
C & P dari : FP Kak Rinnchan

Bahan-bahan:
  • 5 potong dada ayam atau peha ayam
  • 3 tbsp madu
  • 4 tbsp kicap manis
  • 1 tbsp gula
  • 3 inci halia, diparut
  • 3 biji bawang putih, diparut
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara:
  1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam di dalam petisejuk.
  2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam. - saya hanya panaskan oven ke 200'C dan bakar ayam tu dalam 40 min.
  3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

ROTI POKET

Sumber : Resipi.net
  • 1o keping roti
  • sedikit tepung gandum
  • sedikit breadcrumb
  • 1 biji telur
  • salad
  • sos cili
  • mayonis

Cara penyediaannya:

  1. Tindan/lapiskan 2 keping roti. Gelekkan hingga nipis.
  2. Tekan roti dgn gelas atau acuan yg bulat.
  3. Celupkan dlm telur, lumurkan dgn tepung gandum, celupkan semula dlm telur dan ratakan dgn breadcrumb.
  4. Goreng dlm minyak yg banyak hingga kuning.
  5. Potong 2 roti tadi, letak salad, masukkan inti ayam teriyaki (atau apa shj inti), dan paipkan sos cili dan mayonis.
  6. Siap!!!!!!!

mmm...ternganga roti poket saya ni...mmg sedap dan senang nak membuatnya....pd yg berdiet pun bole jugak...

Friday, February 11, 2011

Kek Coklat Kukus (Munira)

Salam...lamanya tak update blog ni...ntah la mcm mcm berlaku..kes kat opis, kat umah...mcm mcm..serabut kepala...ramai dah yg buat kek ni...saya pun cuba jugak...alhamdulillah mmg sedap..gebu gitu...

KEK COKLAT KUKUS (MUNIRA)

Sumber :Dapur Digital
Kak Hana pun ada buat gak...

Bahan bahan:

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila sdh sebati.


Bahan B (Semua bahan diayak)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
  • 4 biji telur - diblender

Cara membuatnya :
  1. Satukan bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk shj.
  2. Bila dah sebati, masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  4. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama, takut kek jd mendap.

menyorok dalam skit...malu la...

Tuesday, January 25, 2011

CC Anniversary


Ni tempahan dr wife kwn my hubby kat opis...nak surprisekan husband dia...so romantic...hehhehe..adala aksi2 yg tak dpt dielak semasa sessi delivery semata mata nak lari dr dikenal pasti...huhuhu...dah la ada 2 bijik anggur tu tergolek dlm kotak...semau gara2 my despatch (en suami)...tak pro tul...hehheh...anyway, thanks to cik mah yer sbb sudi order dr saya...sy mmg buat deco sesimple mungkin sbb saya tak suka deko sarat2 ni. Kaler pun yg sedang2 aje...harap puas hati....

Saturday, January 8, 2011

Ayam Masak Pedas Manis dan Kentang


Salam...malam tadi taktau nak masak apa...tp mmm....dah buat azam tahun ni supaya lebih byk memasak dr beli kat luar...ye la...saya masih dalam mood sedih lagi kan...terima kasih buat suami, anak anak, keluarga mertua, adik2 ipar dan sedara yg memahami apa yg bergelojak dalam hati saya....terima kasih....buka icebox tgk bahan mcm mcm ada lagi so saya buat la ayam masak pedas manis ni....anak2 pun suka tp saya perlu buang kuah dulu baru diaorg boleh makan....licin...alhamdulillah...suami pun ckp sedap....resipinya di bawah yer...

AYAM MASAK PEDAS MANIS DAN KENTANG
Sumber : Rossdeli

Bahan bahannya:
  • 1/2 kilo ayam - dibersihkan, dilumur garam dan serbuk kunyit.
  • 6 biji kentang kecil - dikupas kulit, dibersihkan, dilumur garam dan serbuk kunyit.
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • 5 sudu makan cili giling
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air asam jawa
  • 5 sudu besar gula perang
  • sedikit garam
Caranya:
  1. Goreng kentang hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama menggoreng kentang, goreng pula ayam hingga keemasan. Ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, dgn sedikit minyak baki goreng ayam tadi, tumiskan cili giling hingga garing. Kemudian, masukkan air asam jawa. Biarkan hingga kering.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, gula perang dan garam. Kacau sebati. Tunggu hingga kuah agak pekat.
  5. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi bersama dengan bawang besar. Kacau hingga kuah mengenai semua ayam dan kentang.
  6. Hiaskan dgn daun sup dan bawang goreng.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan roti.
Selamat mencuba.....