Saturday, July 7, 2012

Nasi Ayam Madu My Style

Salam hari Sabtu...hmmm...mesti ramai yg bercuti kan...almaklum la hari cuti...waktu cuti cuti ni lah masa utk kita habiskan bersama dgn suami dan anak anak kan...apa menu utk mkn arini...saya hanya masakkan nasi ayam sahaja sbb Incik W takde, outstation..huhhu miss him oredy.....tinggal saya, Cik N dan Cik K sajer.....so masak pun yg mudah ajer....



NASI AYAM MADU
Resipi : Kakakku...

Bahan Untuk Rebus
  • 1 ekor ayam - dipotong 16
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 liter air - agak agak
Bahan Untuk Perap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
Bahan Untuk Sup
  • Air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
  • 1 sup bunjut
  • garam
  • daun sup dan bawang - hiris
Bahan Untuk Nasi
  • 5 cawan beras
  • sup yang telah siap dimasak tadi
Bahan Untuk Sos
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
Bahan Untuk Kicap
  • 1 cawan kicap
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu minyak bijan

Cara caranya :
  1. Bersihkan ayam. Lumurkan dgn bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi. Kemudian rebuskan ayam hingga empuk.
  2. Bila sdh empuk, toskan ayam. Perapkan ayam tadi bersama dgn bahan bahan perap selama 1/2 jam. Goreng hingga garing. 
  3. Untuk sup :- Sediakan periuk yg lain, panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bawang besar yg telah dikisar tadi. Kacau sebentar, kemudian, tuang semua air rebusan ayam tadi. Tambahkan sup bunjut, garam dan daun sup daun bawang. Masak hingga mendidih.
  4. Untuk nasi :- Basuh beras dan toskan, masukkan  sup tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
  5. Untuk sos :- Blendkan semua bahan kecuali cuka dan gula. Masukkan dalam periuk, masakkan di atas api kecil. Masukkan cuka dan gula. Kacau hingga masak.
  6. Untuk kicap :- Campurkan kicap, air dan minyak bijan. Kacau sebati.
  7. Boleh dihidangkan bersama sayuran spt timun, tomato dan salad.
Selamat Mencuba..........


Monday, January 30, 2012

APPLE CRUMBLE PIE


Assalamualaikum....
Teringinnnnnnnnn nak mkn apple crumble ni...apala rasa dia sebenarnya....lg pulak nak abiskan stok buah epal yg dah 2 bulan dlm peti ais...muahahhah...amik resipi dr Kak Hana tapi saya ada edit skit sbb masa buat crumble tu lembik sgt so tmbh tepung byk skit...If nak version Kak Hana boleh tgk SINI .....terima kasih yer sy panjangkan resipi ke sini....

APPLE CRUMBLE PIE
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan :

Utk Crumble *loyang 18cm

  • 150g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam

Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon


Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.



NOTA KAKIKU ~> sgt la sedapnya...kulit dia tu rangup sgtttttttttt!!!!!!!!

CONEY DOG


Tup tup tetiba En. W kata nak makan coney dog...huhuhu...nak kuar malas la pulak...tgk dlm peti ais semua bahan ada so bole la buat sekejap...mudah je resipi ni...jimat pun jimat. Kalau nak beli sure tak cukup sebijik kan...buat sendiri byk yg bole dapat....

CONEY DOG

Bahan bahannya :
  • 2 biji roti hot dog - dibelah tengah
  • 2 batang hotdog - direbus
  • 3 keping burger daging ayam (saya guna RAMLY)
  • 1 biji bawang besar - cincang halus
  • 1 biji tomato - cincang halus
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • secubit garam

Cara caranya :

Roti hot dog dibelah tengah. Sapukan sedikit mentega. Panaskan sebentar dalam oven. Keluarkan.

Inti
Hancurkan daging burger. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan daging burger, lada hitam dan garam. Kacau hingga kering. Angkat dan ketepikan.

Ambil roti hot dog tadi. Letakkan sebatang hotdog di tengah tengah. Letakkan kuah inti tadi di atas hot dog tadi. Jika mahu, boleh dipaipkan sos cili atau mayonis dan letekkan juga sekeping cheese di atasnya. Sedia dimakan......