Wednesday, September 18, 2013

Pai Tee

Salam petang Isnin...resipi kali ni amik kat Myresipi...teringin lama dah nak buat pai tee ni...


Sumber : Zaliana Myresipi



Bahan bahan :

ACUAN PAI TEE 

  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan 
  • 125 ml air 
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan 
  • 1/2 sudu teh garam 

INTI: 

  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 30 gram udang kering - rendam dan tumbuk halus 
  • 1/2 sudu teh garam 
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
- 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
- Sos pencicah

Cara-cara :

UNTUK KULIT PAI:

  1. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  3. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya. 
  4. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  5. Biarkan seketika. Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. 
  6. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.
  7. Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. 
  8. Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  3. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. 
  4. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera. 

Ikan Bakar Cicah Air Asam




  • 5 ekor ikan kembong
  • daun pisang secukupnya
  • aluminium foil
  • 1 batang serai - dititk
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air asam jawa
  • garam
  • gula

Bahan Kisar
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 6 batang serai
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan ikan, kemudian dikelar. Lumurkan dengan garam dan asam jawa (utk kurangkan hanyir). Bersih dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan serai yang dititik, kicap, air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan hingga kering seperti sambal tumis.
  4. Ambil aluminium foil, letakkan daun pisang dan letakkan sesudu sambal yang ditumis tadi. Kemudian, letakkan ikan di atas sambal, letak lagi sambal dia tas ikan. Balut ikan tadi kemas kemas. 
  5. Ambil garfu, cucuk cucukkan aluminium foil untuk buat lubang kecil.
  6. Bakar ikan tadi dalam oven dgn suhu 190"c selama 20 minit atau hingga ikan masak.
  7. Boleh dimakan dgn nasi putih dan cicah air asam.

RESIPI AIR ASAM


  • 3 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • Air asam jawa
  • Sedikit kerisik
Caranya :

Cili merah, bawang besar dan tomato dihiris halus. Masukkan air asam jawa dan kerisik. Gaul sebati.