Wednesday, September 18, 2013

Pai Tee

Salam petang Isnin...resipi kali ni amik kat Myresipi...teringin lama dah nak buat pai tee ni...


Sumber : Zaliana Myresipi



Bahan bahan :

ACUAN PAI TEE 

  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan 
  • 125 ml air 
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan 
  • 1/2 sudu teh garam 

INTI: 

  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 30 gram udang kering - rendam dan tumbuk halus 
  • 1/2 sudu teh garam 
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
- 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
- Sos pencicah

Cara-cara :

UNTUK KULIT PAI:

  1. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  3. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya. 
  4. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  5. Biarkan seketika. Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. 
  6. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.
  7. Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. 
  8. Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  3. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. 
  4. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera. 

Ikan Bakar Cicah Air Asam




  • 5 ekor ikan kembong
  • daun pisang secukupnya
  • aluminium foil
  • 1 batang serai - dititk
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air asam jawa
  • garam
  • gula

Bahan Kisar
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 6 batang serai
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan ikan, kemudian dikelar. Lumurkan dengan garam dan asam jawa (utk kurangkan hanyir). Bersih dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan serai yang dititik, kicap, air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan hingga kering seperti sambal tumis.
  4. Ambil aluminium foil, letakkan daun pisang dan letakkan sesudu sambal yang ditumis tadi. Kemudian, letakkan ikan di atas sambal, letak lagi sambal dia tas ikan. Balut ikan tadi kemas kemas. 
  5. Ambil garfu, cucuk cucukkan aluminium foil untuk buat lubang kecil.
  6. Bakar ikan tadi dalam oven dgn suhu 190"c selama 20 minit atau hingga ikan masak.
  7. Boleh dimakan dgn nasi putih dan cicah air asam.

RESIPI AIR ASAM


  • 3 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • Air asam jawa
  • Sedikit kerisik
Caranya :

Cili merah, bawang besar dan tomato dihiris halus. Masukkan air asam jawa dan kerisik. Gaul sebati.


Friday, August 30, 2013

Pop Cake Ball



Bahan bahan :

  • 1 biji kek coklat
  • 3 sudu besar jem strawberi
  • Chocolate rice
  • Manik manik
  • Paper cup

Caranya :

  1. Hancurkan kek coklat hingga berderai.
  2. Masukkan jem strawberi dan gaul bersama hingga sebati.
  3. Buat bulat bulat seperti sebesar bola pingpong.
  4. Golekkan di atas coklat rice atau manik manik hingga sekata.
  5. Letakkan dalam paper cup.
  6. Sejukkan selama lebih kurang 1 jam.


Ayam Bakar Mudah


Malam ni makan simple jer...ayam bakar...anak anak dah lama nak makan, so hari ni baru ler rajin nak buat...


Resepi Ayam Bakar Mudah
Bahan-bahan untuk memerap ayam
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis Knoor
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit serbu lada hiyam
  • sedikit gula dan garam
Cara Memasak
  • Perap ayam bersama bahan-bahan diatas selama 30 minit
  • Sapukan loyang dengan majerin, susun ayam dalam loyang, kemudian bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu panas 270 darjah atau hingga masak.
  • Dah tu siap untuk dihidang dan bolehlah dimakan begitu saja ataupun bersama nasi.
Bahan sampingan
  • Kuah - lebihan bahan perapan jgn dibuang, tenggekkan atas api, kacau hingga pekat, kemudian boleh di siram di atas ayam bakar tadi
  • Coleslow
  • Sayur sayuran segar






Sambal Tempe Goreng



Sumber : Kak Hanamemeories

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5 keping tempe
  • segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
  • segenggam kacang tanah goreng (hana xde stok yg kcg tanah biasa tu)
  • 4-5 sudu besar chili giling/chili kering
  • 1/2 biji bawang besar - blend
  • 2 ulas bwg putih - blend
  • seinci belacan
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • garam
  • gula melaka

Cara-cara:

  1. Potong nipis tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
  2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga btol2 masak chili tuh.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
  4. Kemudian bleh la masukkan tempe,kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. tp jgnlah lama sgt nnti hangus kang sambal tuh. Dah siap bleh la dihidang.