Thursday, November 19, 2009

Ayam Masak Mamak


Salam ...

saya ada cuba resipi nih...tgk dlm esbok ader ayam...bhn2 lain sumer ada...so truskan berjuang...ai ai kepten...heheheh

Ini resepi dia yer...

AYAM MASAK MAMAK
C&P dr fp kak Rinnchan...halal ye kak...
Sumber : Maklang Azie (Rosyanti Mahram Rnet)

Bahan-bahan :
1kg ayam, digoreng dengan sedikit garam dan kunyit.

Bahan-bahan kisar:
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
3 biji labu bwg besar
10 tangkai cili kering
Halia

1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk sajira..taktau jgk apabenda ni...so tak masukkan...
2 batang serai, dititik
2 pelepah daun kari
1 helai daun pandan, disimpul (takde...)
Daun pudina, tak bubuh sebab tak ada
3/4 cwn kicap manis (Rossa lebihkan ..tu yg nmpk gelap tu)
1/4 cwn tomato puri, Rossa guna sos tomato
1sb minyak sapi (option)
1 cwn bwg goreng, ditumbuk halus (tak tumbuk...tabur atas je lps dah sedia dihidangkan...pemalas btul )
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, jintan putih dan rempah kari. Kacau dan biar hingga naik aromanya.
3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau terus.
4. Bila dah sebati dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan ayam itu empuk sekejap.
5. Masukkan sos tomato, daun pudina dan air asam jawa.
6. *Tambahkan garam secukup rasa.
7. Agak-agak kuah dah mula garing, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah.

*Instead yg atas td, saya cuma taburkan je bawang goreng td atas ayam yg sedia dlm pinggan...hahhah....

Maveles rasanya...anak dara saya pon suka sbb sy dah lebihkan kicap...hahhah

Selamat mencuba,
Daaaaaaa

No comments:

Post a Comment