Monday, November 23, 2009

Cucur Badak & Puding Roti...


Salam...
ari minggu tu nak clearance stok sbb nak pegi kursus lama...so ada roti lebih...tu yg buat puding roti tu...hehheh khalid mkn smpai sekeping...pastu comot abis..Cucur badak tu pulak buat ptgnya...dpt 29 bijik...bg sana sini sikit...abis gak...hahahah

Cucur Badak
Resipi dr mak saya

Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)

segenggam udang kering (saya guna udang basah putih)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (boh serbuk kunyit jer)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersama serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat.

No comments:

Post a Comment