Thursday, June 3, 2010

Rendang Pedas Ayam

salam...balik petang semalam, rasa mcm penat sikit, nak masak ke tak nak..huhuhu..tak masak, sapa nak bagi anak2ku makan, maka, masak jugaklah...carila resipi yg mudah nak siapkan...try la buat rendang pedas ni, saya guna resipi Kak Hanieliza...sedap, anak mkn bertambah, sebab saya kurangkan cili....resipi ni bole jugak dimakan dgn apa saja, berbaloi baloi...hehheheeh

RENDANG PEDAS AYAM
Sumber : Kak Hanieliza
* saya buat separuh shj dr resipi ni, jadi, semua bahagi 2 la kan...heheh

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam

Bahan Mesin:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

No comments:

Post a Comment