Thursday, November 25, 2010

Crepes......


apa itu crepes???ntah la...nmpk kat mall mcm best...try la cr resipi, dpt satu...cuba buat...jadik mcm lempeng je rupanya tp rasa jgn ckp la....sgt sedapppppp.....buat satu adunan dpt 8 keping...muahahhah....anak2 mkn 2 keping, abi depa mkn 5 keping 1/2..umminya...suku pun tak sampai...kesian dek anak2 ngan suami pya psl....kukorbankan segalanya....

CREPES

Bahan bahannya:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan marjerin - dicairkan

Caranya:
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan kecuali marjerin. Kacau dgn whisk tu sampai semua mesra.
  2. Kemudian, masukkan marjerin. Kacau lagi.
  3. Panaskan frying pan, griskan dgn sedikit butter.
  4. Ambil sesenduk adunan tadi dan letak atas frying pan tadi. Golek atau pusingkan frying pan anda. Hati2 sebab panas.
  5. Letak apa sahaja bahan di atas adunan tadi. Cthnya: tuna, sardin, nanas, cendawan, sosej.
  6. Paipkan sos dan mayonis.
  7. Lipat 2.
  8. Sedia dimakan.

saya buat mcm mcm versi intinya...untuk anak2 hanya letak sosej, nanas dan mayonis sahaja...utk kami suami isteri, ada serunding ikan, tuna in can, nanas dan pelbagai lagi...ini ikut kesukaan masing masing.....

Selamat mencuba lempeng omputih dimelayukannnn!!!!!!!!

Sambal Bebola Daging dan Kentang Goreng

Salam....daging qurban ada la lebih dlm 500 gm lagi, dok pikir nak masak apa, yg mudah dan ringkas...google la pya google, dapat la idea dr KAK HANA...mmg mudah la...tp saya ada buat penambahan skit la...tq kak, saya share resipi sini yer...

Bahan bahan:

Meatball Homemade
  • 200g daging lembu hancur ~ saya buat 250 gm
  • 1/2 sudu makan tepung gandum ~ saya letak 2 sudu besar
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch ~ saya letak tepung jagung
  • 1/2 biji putih telur ~ tak letak
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam

Sambal Meatball
  • 4-5 sudu makan cili kisar ( campur skali bwg merah,putih)- lebihkan jika ingin sambal lebih
  • bawang besar - hiris
  • 1/2 inci belacan ~ saya tak letak
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
  • kentang goreng@tomato - potong baji (optional) ~ saya letak 3 biji kentang, digoreng
Cara-cara:
  1. Untuk membuat meatball, satukan semua bahan sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Rebus hingga terapung, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan juga belacan hingga cili masak. Masukkan air asam jawa sedikit, masukkan juga bwg besar hiris.
  3. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkn bebola daging dan juga kentang@tomato. Gaul mesra. Tambahkan air sedikit jika sambal terlalu kering. Didihkan.
  4. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar@daun sup.


nilah rupanya meatball tu tp rupanya huduh skit..tp biarla asalkan masuk tekak, dia kata sedap...hahahhah....


Tuesday, November 23, 2010

Roti Paratha & Sambal Pedas Tuna

salam...mlm tadi masak roti paratha dan sambal pedas tuna ni...resipi asalnya dari blog Kak Madiha sama la jgk dgn Sambal Pedas Tuna tu resipi asalnya KAK MADIHA jugak...kedua dua resipi ni mmg best lah...sedap betul...kalau sapa nak resipi bole la amik kat link kak Madiha yer...kat bawah ni saya letakkan resipi yg saya olah sikit, ikut benda yg ada di rumah...saya buat separuh dr adunan roti paratha tu tp sambal tu saya gandakan tunanya...tq kak kongsi resipi yer...

ROTI PARATHA
Sumber : KAK MADIHA diolah oleh ROSSDELI

Bahan bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum (jangan habiskan semua masa menguli.. ikut kelembutan doh) ekstra tepong diperlukan untuk mencanai doh
  • 1 s/k serbuk cili
  • 1/2 s/k jintan putih
  • 3/4 s/k garam
  • 1 s/b minyak masak
  • 1 s/k marjerin

Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan serbuk cili, garam masala, garam, serbuk jintan putih, daun ketumbar dan gaul sebati menggunakan tangan.
  2. Masukkan tepong sedikit demi sedikit sambil menguli. Sehingga cawan yang ke 2.. masukkan sikit demi sikit tepong hingga dapat doh yg kental. (Jangan habiskan terus tepong tadi).
  3. Masukkan minyak masak dan marjerin dan uli lagi hingga doh menjadi lembut.
  4. Lumurkan tangan dengan minyak & bahagikan doh kepada 10 bahagian (lebih kurang 78 - 80 gm setiap sebiji)
  5. Taburkan tepong ke atas papan pencanai. Sapukan tepong pada roller pin. Ambil seketul doh & taburkan/salutkan sikit tepong lalu canai nipis doh seperti membuat capati.
  6. Panaskan non stick pan, lengserkan sikit dengan minyak & masak paratha menggunakan api yang sederhana hingga kekuningan ke dua2 belah.
  7. Ulangi proses yang sama sehingga habis.




SAMBAL PEDAS TUNA
Sumber : KAK MADIHA diolah oleh ROSSDELI

Bahan bahannya:
  • 2 tin tuna
  • 2 biji kentang saiz sederhan besar ~ potong dadu
  • 1 biji lobak merah ~ potong dadu
  • 1 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili padi*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai ~ dititik
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
  • garam
  • ½ s/k gula

Caranya:
  1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, air asam jawa, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk.
  2. Masukkan tuna. Hancurkan isi tuna. Masukkan garam, dan gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya. Masukkan bawang besar. Kacau rata.
  3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.

Monday, November 22, 2010

Menu Dinner 21.11.2010

salam...inilah menu mlm tadi...nasi goreng kampung, ikan kembung sweet sour, dried chillie chicken with vege dan ayam goreng RFC...ni semua idea asben saya, katanya asyik mkn daging sajer start raya qorban aritu, so, guna ayam pulak la...samala tu bang, daging jgk, bezanya cuma daging putih ngan merah jer...hehheeheh...resipi ikan kembung tu boleh ambik kat SINI .....

dah lama masak nasi goreng kampung ni tp tak pernah post jer...resipi kat bawah yer....

NASI GORENG KAMPUNG
  • 4 cawan nasi sejuk ~ digaul bersama sedikit garam
  • 2 keping dada ayam ~ dipotong kecil
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 1/4 biji kobis ~ hiris kecil
  • segenggam ikan bilis
  • 1 labu bawang besar ~ ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 7 - 8 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) ~ ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ikan bilis. Goreng hingga ikan bilis garing. Kemudian, masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau sebati.
  2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
  3. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
  4. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).

saya selalu mkn ni kat JUSCO kalau mkn nasi kat situ...khalid mmg suka ni sbb dia campur kicap, mmg laju dia mkn, sepinggan dia sorang...so try la jugak....

DRIED CHILLIE CHICKEN WITH VEGE

  • 2 keping dada ayam ~ dipotong kecil
  • 3-4 batang cili kering ~ digoreng sebentar
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala kuning
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/4 tin cendawan butang ~ hiris sederhana nipis
  • 1 biji bawang besar ~ potong 8
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • garam
Cara penyediaan:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan cili kering. Biar hingga ayam empuk.
  2. Masukkan kicap dan air asam jawa. Kacau sebati. Biar pekat sedikit.
  3. Masukkan semua sayur2an dan kacau sebati.
  4. Perasakan dgn garam.
  5. Angkat dan hidangkan.
haaa...ayam ni macam biasa...resipi leh klik SINI yer....

Monday, November 15, 2010

Megi Goreng

resipi senang bangat ni...resipi malas gak nih...hehheeh...

MEGI GORENG

Bahannya:
  • 1 bungkus maggi ~ apa perasa pon okk...
  • 2 ulas bawang kecil } ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih} diketuk
  • 1/2 labu bawang besar} dihiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 tangkai sawi
  • 1/2 biji kobis ~ dihiris
  • 1 keping dada ayam ~ potong kecil
  • Minyak
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
  1. Panaskan air,setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing. Masukkan cili kisar serta bawang besar dan biarkan sebentar.
  3. Masukkan sos tiram, cili sos, kicap, dan hirisan ayam. Kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air.
  4. Selepas itu masukkan maggi, kobis dan sawi. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama daun bawang dan juga daun sup serta bawang goreng.

Tuesday, November 9, 2010

Tuna Puff

salam ari selasa....puff ni dah penah buat...cuma gantikan paratha tu dgn yg wholemeal saja...resipi dan cara leh amik kat SINI yer...

Monday, November 8, 2010

Sandwich Patty Hotdog


menu dinner yg simple dan mengenyangkan...ini dapat idea berikutan br je lps tgk tv TLC psl "THE MOST DELICIOUS BURGER IN THE WORLD"...hahahha...burger yg saya tiru gaya dia ni ialah LOBSTER ROLL, dia guna lobster...heheheh...mana nak cari lobster, dah la mahal wei...ranking dia ialah no 6..teruja betul...tp saya gantikan lobster tu dgn sandwich patty yg tak abis abis lagi dalam fridge tu...mmmm....layannn....

SANDWICH PATTY HOTDOG

Bahan bahan:
  • 4 ketul roti hotdog
  • 3 keping sandwich patty
  • 1 batang carrot ~ sagat dan hancurkan
  • 1/4 kobis ~ dadukan
  • mayonis
  • sos cili

Caranya:
  1. Roti hotdog dipotong tengah tapi jgn smpai putus.
  2. Goreng sandwich patty tadi hingga masak. Angkat, dan ketepikan dahulu.
  3. Campurkan carrot dan kobis tadi. Masukkan mayonis. Agak agak semua sebati.
  4. Ambil sandwich patty tadi, potong kiub. Masukkan dalam bekas berisi carrot, kobis dan mayonis tadi. Kacau serata.
  5. Sejukkan dalam fridge dahulu selama 1 jam.
  6. Keluarkan dan isikan di tengah roti hotdog tadi. Paipkan sos cili.
  7. Sedia dihidangkan.

Bihun Ladna

menu utk seisi keluarga...mmm...bihun ladan tp taktau la saya apa bezanya dgn mee hongkong ...tp bedal je la...hahahha...mudah dan simple utk disediakan...

BIHUN LADNA

Bahan bahan:
  • 1/2 peket bihun ~ direndam air panas selama 3 minit dan ditoskan.
  • 200 gm isi ayam
  • 5 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 ulas bawang merah ~ dihiris
  • 1 batang carrot ~ potong bulat
  • kobis bunga
  • 1/2 biji kobis ~ potong kecil
  • 2 batang kailan ~ dipotong 2 cm
  • 4 biji cili padi ~ diketuk
  • 2 sudu kicap
  • 900 ml stok ayam ~ ( Masukkan 900 ml air + 2 kiub pati Ayam MAGGI)
  • 2 sudu besar tepung gandum ~ dibancuh dgn air
  • sedikit garam

Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bihun yg dicelur tadi bersama kicap. Setelah sebati, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bwang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau hingga ayam masak.
  3. Masukkan stok ayam tadi.
  4. Masukkan juga carrot dan bunga kobis. Biar agak mendidih. Masukkan garam.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
  6. Akhir sekali baru masukkan kobis, kailan dan cili padi tadi. Biar masak dan tutup api.
  7. Letak bihun yg telah digoreng tadi di dalm pinggan. Tuangkan kuah tadi ke atas bihun tadi.
  8. Sedap dihidangkan panas bersama cili potong atau cili jeruk.

Friday, November 5, 2010

Paratha Tower

Macam biasa, ni resipi sendiri...idea tak semena mena dtg sbb mmg dah taktau nak masak apa. terciptalah Paratha Tower...wahhh, mcm gah je namanya...hehheheh....si asben kalau masak mcm ni tiap ari pun takpe, katanya...hahhaha

Bahan bahan:
  • 2 keping roti paratha wholemeal (brand Kawan)
  • 1 keping sandwich path
  • 2 batang sosej
  • sedikit marjerin atau olive oil
  • sedikit salad
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • sedikit timun ~ dihiris halus
  • sedikit nanas
  • sos dan mayonis

Caranya:
  1. Goreng tohor roti paratha. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan.
  2. Letak sedikit marjerin atau olive oil. Goreng sandwich path dan sosej tadi hingga masak.
  3. Ambil sekepin roti paratha tadi, letakkan salad, bawang, timun dan nanas, paipkan sos dan mayonis.
  4. Kemudian, letakkan sandwich path dan sosej tadi. Paipkan sedikit mayonis dan sos. Ambil sekeping roti paratha lagi dan letak atasnya.
  5. Potong tengah roti tadi. Angkat sebelah kanan dan letakkan atas roti yg sebelah kiri tadi...
  6. Sedia dihidangkan.


haaaaa...cuba tgk lelehan mayonis yg keluar tu...sedapp....tmbh pulak ada potongan nanas tu....lagi la rasa masam....

Agar Agar Santan Gula Melaka

Arini cuti Deepavalli, tak semestinya kena buat marukku kan??hehheeh...mmm...rasa lama dah teringin nak buat agar agar ni bila tgk ramai yg dah mencubanya. Inilah hasilnya...saya ambil dari blog kak ummi . Terima kasih kak... Resipinya byk jadinya saya olah utk jadi separuh dr adunan sahaja. Kalau nak resipi sebenar klik link kak ummi kat atas tu yer...kat bawah ni resipi yg saya olah utk santapan family kecil saya....

Bahan bahan:
  • 20 gm agar agar tali
  • 900 ml air
  • 1 cawan gula melaka
  • 3/8 cawan gula pasir (guna sudu metrik tu yer....)
  • 1 kotak kecil santan + 1 cawan air
  • 1 biji telur
Cara cara:
  1. Basuh agar agar tali dan toskan.
  2. Basahkan loyang/acuan pilihan dan ketepikan.
  3. Campurkan telur dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.
  4. Masukkan air dan agar agar tali ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan agar agar larut.
  5. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.
  6. Tapiskan agar agar ke dalam periuk lain, dan letak semula atas api. Panaskan semula biar mendidih dengan api sederhana.
  7. Masukkan bancuhan telur dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik berkepala sikit, tutup api.
  8. Tuangkan ke dalam loyang pilihan.
  9. Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Hidangkan bila betul2 sejuk.

ni versi mould yg sama jer...berbaris utk masuk mulut....ngappp....

Fruit Cocktail

melihatkan cuaca yg agak panas di kl nih..tp kat Kedah dan Perlis hingga banjir...kesian mereka...saya pun buat la fruit cocktail ni utk basahkan tekak...ramai dah yg buat ni...mmg sedap...bila dichillkan bertambah tambah sedapnya...

Bahan bahan:
  • 1 tin buah buahan campuran
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol air soda
  • 3 sudu gula
  • 250 ml air kosong
  • 1 peket jelli
  • Ais kiub
Caranya:
  1. Campurkan gula ke dalam air kosong. Masukkan buah buahan campuran, jelli, air soda. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan susu cair. Kacau lagi.
  3. Untuk dihidangkan, masukkan ais kiub ke dalam cawan dan tuangkan cocktail ini.
  4. Sedia diminum.

Pasta Tuna

menu utk dinner mmg buat yg biasa biasa jer...sbb kekangan masa...ewahhh...janji sedap menjilat jari...resipi ni mcm buat masak goreng biasa tapi gantikan je ayam ke daging ke, sotong ke udang tu dgn tuna...itu je lainnya....yg lain semuanya sama....sila la tgk resipi kat bawah ni....

PASTA TUNA

Bahan bahannya:
  • 250 gm pasta
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 tin tuna in olive oil
  • beberapa daun bayam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 cawan air
  • garam

Caranya:
  1. Rebus pasta dalam air yang dicampur garam dan beberapa titis minyak. Masak hingga pasta lembut, lebih kurang 10 minit. Kemudian, tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan tuna, sos cili dan kicap. Kacau hingga sebati.
  3. Apabila nmpk sedikit garing, masukkan 1 cawan air. Kacau sebati. Masukkan garam.
  4. Apabila sdh mendidih, masukkan pasta yang sdh direbus tadi. Kacau sebati. Masukkan bayam.
  5. Tutup api. Sedia dihidangkan.

P/S :- Pasta boleh digantikan dgn mee, bihun, spaghetti ataupun makaroni. Ikut kesesuaian. Disamping itu, sayuran lain juga boleh dipelbagaikan.















Ayam Goreng RFC bukan KFC....

Salam...nyum nyum...meh mkn ayam KFC nih...ehh silap, bkn KFC..RFC la...betuiiii RFC....mmg nmpk mcm KFC kan...tp salah...hehehhe...takyah dah nak p beli KFC, buat sendiri jer sama mmg sama huhuhu...makan smpai leleh air mata nih....

Haaaaa...ni la rupa tepung yg saya guna tu...keluaran bumiputera lagi...mmg best...beli dr makcik jiran sebelah umah mak mertua...morah jer...pakai smpai skrg pon tak abis lagik...sekilo kooo....

Senamg je nak gunakan tepung ni....

AYAM RFC

Bahan bahan:
  • 1/2 kilo ayam
  • 1 sudu besar tepung RFC ~ utk perap
  • 3 sudu besar tepung RFC ~ utk salut
  • minyak utk menggoreng
Caranya:
  1. Bersihkan ayam, perapkan dgn tepung RFC selama 15 minit.
  2. Kemudian, dalam satu bekas yg lain, masukkan tepung RFC utk salut tadi. Ambil seketul ayam, salut dgn tepung RFC hingga semua bahagian ayam ada tepung.
  3. Goreng dalam minyak terendam.
  4. Bila agak kekuningan, angkat dan toskan.

Pandangan rentas ayam RFC...nyum nyum....sama kan rupa dia mcm KFC????

Thursday, November 4, 2010

Burger ala ala Mat Salai

jeng jeng jeng...penah tak tgk beger mcm ni...hmm...aritu masa balik ofis, nmpk satu stall ni...dia jual beger matsalai...ada laman web dia tau...sila tgk SINI ...sedap jgk la tp harga dia pun lain skit dr beger biasa...
jadinya disebabkan tak puas makan...nak beli mahal pulak tu, maka kubuat sendiri...walopon tak sama tp seakan akan, jadi la kan...tp saya guna serunding daging (matsalai guna chicken floss yg lebih halus)...puas weiii mkn .....resipinya mudah saja...

  • 2 roti hot dog
  • 2 keping daging beger (saya guna chicken beger)
  • margerin
  • sedikit salad
  • 1/2 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji tomato ~ dihiris
  • 1/4 biji timun ~ dihiris
  • sedikit serunding ~ kalau ada chicken floss lagi baik...
  • sedikit sos cili
  • sedikit mayonis
Caranya :
  1. Potong tengah roti hot dog tapi jgn smpai putus. Sapukan marjerin. Bakar sebentar. Ketepikan.
  2. Letakkan sedikit mentega dlm pan, goreng daging beger hingga masak. Ketepikan.
  3. Cara hiasan - Letak roti hot dog, susun salad, bawang besar, tomato dan timun. Paipkan sos cili. Kemudian, letakkan daging beger atas sayur2an tadi, paipkan mayonis. Kemudian, taburkan serunding daging diatas daging beger tadi.
  4. Sedia dimakn...heheheheh

Pizza Tuna Abakadabra...

salam.....wah buruknya rupa pizza tu..huhuhu...belasah je la...janji sedap...hehehe...buat ni dah lama dah, resipi tak masukkan lagi sebab asyik bz dan "M"..oklah, utk org yg tak kreatip mcm saya ni...bole la...

Bahan bahan utk doh pizza:
  • 500 gm tepung roti/high protein/tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan (11gm)
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 biji telur
  • 5-6 sudu minyak zaitun (minyak masak pon bole)...kalau letak mentega pun bole (2 sudu mentega cairkan terlebih dahulu)
  • sedikit garam

Caranya:
  1. Dalam bekas, masukkan tepung, yis dan sedikit garam. Gaul sebati bahan ini.
  2. Kemudian, buat satu lubang ditengah campuran tepung tadi, tuangkan air sejuk, minyak dan telur.
  3. Uli bahan tadi hingga menjadi doh.
  4. Perapkan sebentar doh tadi dgn tuala lembab hingga naik 2x ganda.

Bahan bahan hiasan pizza:
* (ikut suka nak letak apa yer...ini bahan yg saya gunakan...)
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1/2 biji nanas
  • 1 biji bawang besar ~ potong baji kpd 8
  • sos tomato
  • mozarella cheese

Cara menghias pizza:
  1. Doh tadi dibahagikan 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan di atas pan utk membakar.
  2. Sapukan sos tomato ke atas doh leper tadi.
  3. Taburkan tuna, nanas, bawang besar dan mozarella cheese ke atas tuna tadi.
  4. Kemudian, bakar piza tadi pada suhu 180'C selama 20-30 min.
  5. Setelah masak, keluarkan dan sedia dihidangkan.

p/s :- pizza ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesukaan masing masing....ikut tekak la yer....

Selamat mencuba...