Wednesday, July 28, 2010

Bihun Goreng Singapore

Lama dah nak try masak bihun ni tp asyik tertangguh saja. Atas permintaan, semalam dah buat...mmmm...mmg puas ati la...terima kasih pd empunya resipi tp tak ingat sbb amik dr gobok berabuk. Asyik mkn kat kedai jer, skali buat amik ko..tak cukup..saya gandingkan dengan cili padi jeruk dan keropok ikan..Sila la amik resipi kat bawah ni....

Bahan-bahan:-

* 1 bungkus bihun - direndam dulu
* 300g daging - dipotong kecil2
* 3-4 keping fish cake (saya tak letak)
* 1/2 batang carrot – hiris spt batang mancis
* 1/4 kobis - dihiris
* 3 sudu makan cuka
* 6 ulas bawang putih
* 1 sudu makan lada hitam / lada putih
* 2 biji tomato - potong nipis jika suka
* garam dan gula secukupnya
* cili api- potong nipis + kicap sebagai sos (saya guna cili padi jeruk)

Cara-cara:-

1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. Masukkan carrot, kobis dan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti.
4. Kemudian masukkan cuka, gula dan garam.
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak.
6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api.
7. Sedia dihidang bersama cili kicap atau cili jeruk.

Ayam Bakar/Goreng Hainan

resipi ni sebenarnya ayam utk nasi ayam hainan tp saya tak buat nasinya, cuma buat ayamnya saja..saya tak bakar tp goreng. Lebih sedap, lebih krunchy. Cubalah, sesuai utk anak anak dan boleh dimakan dengan apa saja.

Bahan Ayam:
* 1 ekor ayam - dibersih & toskan
* 1 inci halia ditumbuk kasar
* 1 sudu madu
* 2 sudu kicap
* 1 sudu sos tiram
* 1/2 sudu lada sulah
* sedikit garam,
* sedikit gula
* minyak utk menggoreng

1. Ayam td direbus hingga masak dengan halia. Angkat, tos dan sejukkan.
2. Kemudian, semua bahan digaul dgn ayam. Perap seketika. Panaskan minyak, goreng ayam td hingga masak.
3. Sedia dihidangkan.

* Ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama sayur segar spt tomato, timun dan salad.

Tomyam Kung

resipi ni asalnya sama saja mcm resipi tomyam yg lain...tp saya boh kung tu sbb masa saya mkn tomyam ni trus batuk..kung kung kug...wakakakak...tu yg bog Kung tu tp masa pegi Secret Recipi mmg dia tulis tomyam kung, taktau apa kung tu sebenarnya...saya letak resipinya dibawah yer...

Bahan bahannya:
  • 6 ekor udang sederhana besar
  • 1 dada ayam - potong kiub
  • 1 biji tomato - belah 8
  • 1/2 batang carrot - potong bulat
  • sedikit kobis bunga
  • sedikit cendawan
  • 7 - 8 biji cili api
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 btg serai - titik
  • 1 / inci lengkuas - hiris besar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • sebungkus pes tomyam (saya guna pes tomyam jenama NONA)
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara:-

  1. Tuang 2 cawan air ke dalam periuk. Didihkan.
  2. Bila dah mendidih,masukkan udang, ayam, dan carrot. Biarkan seketika.
  3. Kemudian, masukkan pes tomyam, perahan limau nipis, cili padi, kobis bunga, cendawan, daun limau purut, lengkuas dan serai. Biarkan seketika juga.
  4. Masukkan tomato yang telah dibelah, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.Kacau2 sekejap.tutup api. Boleh dihidangkan.
  5. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau begitu saja.

Dory Fillet in Sweet Sour Sauce @ Fillet Ikan Dory Masak Masam Manis

salam ari Rabu...meh mkn ikan dory pulak...tp still mcm Melayu..nmpk je mcm western...hahahah...ikan dory ni kegemaran en wari ni...3 keping tu hanya utk dia sorg jer...dia mmg gila ikan pun...yg lain kurang...selalunya org masak sweet sour ni guna ikan siakap ker, ikan jenahak ker...tp saya guna dory fillet...resipinya ada di bawah...layan...

Bahan bahan ikan:-
- 1 peket ikan dory (kat Giant atau hyper lain dah siap peket, ada lebih kurang 3 potong)
- 2 sudu tepung gandum
- 1 sudu tepung jagung
- 1/4 sudu lada sulah
- garam dan kunyit
- Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan ikan:-
1. Ikan dibersihkan, kemudian dipotong kiub.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah dan garam, kunyit.
3. Masukkan ikan dalam 2. Seratakan.
4. Goreng ikan td dalam minyak terendam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
5. Setelah agak sejuk, letakkan atau susun ikan dlm pinggan.

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (hiris halus)
3 keping nenas dipotong kiub buang empulurnya
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
3. Masukkan juga cili potong, nenas kiub, garam dan gula.
4. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan dory yang digorengkan tadi.
5. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Memang berbaloi....

Tuesday, July 27, 2010

Asam Pedas Ikan Kembung

saya ni jenis yg suka makan masakan yg masam masam, so asam pedas ni adalah penting la dan selalu buat..serupa jgk dgn tomyam...mmg berulangkali buat...kali ni cara saya buat asam pedas...sedap...tp ikut tekaklah..sesuaikan...


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Sumber : Myresipi.com

Bahan-bahan:

• 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera, saya guna ikan kembung)
• 4 ulas bawang merah - ditumbuk
• 3 ulas bawang putih - ditumbuk
• 2cm kunyit hidup - ditumbuk
• 1 btg serai - dititik
• 3 btg daun kesum
• 1 bunga kantan-dibelah dua
• 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
• 3 - 4 sudu besar cili kering yg dimesin
• 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
• garam dan gula (ikut rasa)
• minyak masak
• sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Ikan Bakar Bersama Bendi

salam ari selasa...tgk tajuk pun dah best..mmg best pun..saya buat ikan bakar ni utk suami tp anak anak yg habiskan..apa maknanya tu...hahahah...resipi sebenarnya utk buat otak otak tp saya guna utk bakar ikan...jemput semua...

RESIPI IKAN BAKAR

- 3 - 4 ekor ikan kembung
- 5 - 6 batang bendi
- Minyak utk menumis

Bahan sambal

• 3-4tbsp cili boh
• 4 biji bwg merah
• 1 biji bwg besar
• 4 biji bwg putih
• 1" halia
• 1" kunyit
• 1" lengkuas
• 4-5 batang serai
• 4 biji buah keras
• 1- 1 1/2 tsp belacan (saya tak masukkan...)
• 3-4 tbsp rempah kari

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan macam biasa.
2. Kisar semua bahan sambal.
3. Tumis dgn 1/4 cwn minyak. kalo time tumis rase xcukup minyak, leh tmbah minyak sket.
4. Tumis bahan kisar sampai agak pekat. kacau selalu..
5. Masukkan bahan perisa. (biar agak masin dari biase, psl nnt dah campur ngan ikan, ia jadik tawar sket).
6. Tutup api dan biar sejuk.
7. Ambil sepotong aluminium foil, letakkan seekor ikan dan bendi di atas aluminium foil, kemudian, curahkan sambal tadi.
8. Balut ikan td. Cucuk cucukkan aluminium foil agar berlubang spy udara dpt keluar dr ikan.
9. Ulang step 7-8 hingga ikan habis. Bakar ikan tadi dlm oven dgn suhu 180'C selama 20 min atau hingga masak.

* Bendi td boleh ditukar kepada sayur lain spt terung atau petai.

Selamat mencuba.

Friday, July 23, 2010

Ayam Bakar Blackpepper Bermadu



Semenjak dua menjak ni, keadaan seisi rumah tak brapa nak baik, semua sakit sakit...mula dgn Nusaybah, demam panas, then Khalid...ni Nusaybah pulak asyik muntah saja...dah bwk g klinik dah, dr kata dia kena tinggalkan tabiat minum susu, dr srh gantikan dgn minum teh...mmm...mmg elok pun utk kesihatan, sbb susu kalau bg minum masa nak tido, bakteria lebih cepat membiak sbb mas tido kita tutup mulut..kalau siang takpela sbb kita sentiasa bercakap, bakteria lmbt membiak...baiklah, saya sdh pun tukar tabiat tu, nasib baik dia bole terima minum teh tu...alhamdulillah...

Panjangnya intro...hmmm, ada la masak Ayam Bakar ni...resipi asal dr Ros Jintan manis tp saya olah letak byk madu, bkn mayonis...tu yg hitam je ayam tu...


AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMADU

• 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
• 1 sudu kecil blackpaper
• 2 cm halia ( agak-agak je)
• 2 biji bawang putih
• 1/4 biji bawang besar
• 2 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula
• 1 sudu kecil kicap manis
• 1/2 sudu kecil garam
• 2 sudu besar mayonis
• sedikit lada sulah

1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Mari Mengenal Ikan...

Wahhh...utk semua...tips yg berguna bagi org2 yg tak pandai masak ni...jeng jeng jeng...mari mengenal ikan...info yg baik bagi semua...psl IKAN!!!!!!!!thank kak bagi info ni...nak tau..sila ke blog Kak Hanieliza utk kita mengenal dgn lebih dekat psl ikan...yeahhh....

Kuih Seri Ayu


Salam...lama dah rasanya tak update...sebabnya yelah tiap kali masak, then amik gmbr, selalu letak camera atas peti ais, then trus lupa nak masukkan dlm handbag...huhuhuhu...tp takde yg spesel pun, just masakan biasa...yg selalu di c n p sajer...nak cerita la nih...masa pegi opis aritu, sblm masuk opis g la kedai mkn, ingat nak beli makanan utk bekpes..tetiba nmpk la kuih seri ayu ni...wahhh...teringinnya...amik la 3 bijik (dlm ati ingatkan RM 1.20)...g la bawak ke kaunter...byar.."singgit setengah kak!'....wahhhh..maheinya rega kuih la ni...dah naik ker..huhuhu...takpe takpe..kalu aku mkn tak sedap, siap!!!!1...dah le mahei..(kata dlm hati je la..)...smpai opis, mkn ler...cettt!!!!!tak sedap la...rasa tepung jer..tak rasa pandan pun...timbul dlm ati..nak buat jugak kue ni...tu yg google..dapat la kat blog Kak Hanieliza ni...tp saya takde acuan apam ni, guna acuan buat tart yg besar tu...hahahah...tgk la rupanya...janji sedap labu....

KUIH SERI AYU

Bahan-bahannya:

3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau susu segar
2 sudu besar jus pandan
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
1 sudu besar tepung ubi ]
kelapa parut muda ] gaulkan
garam ]

Cara-caranya:
1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Mesti cuba...

Monday, July 12, 2010

Ayam Racik Serai

satu lagi masakan biasa yg selalu dibuat tp ni asalnya resipi rendang pedas ayam tp saya ubah skit...hanya dibuat kalau ada balance ayam saja... kalau tak, tak layak buat nih...kikiki....buat ni sbb sayang ayam lebih masa kenduri cousin aritu...sila abaikan bunga sekuntum tu yer...dia pun nak enterprem gak...hahahahah...saya kalu buat, saya selalu guna resipi Kak Hanieliza ni...sbb sedap dan saya ubah la skit...Tq kak..mntk C&P yer...resipi sebenar kat sini yer...

Bahan-Bahan:
5 ketul ayam...ambil isi sahaja..di racik halus
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1/4 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]

garam

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu cili mesin

Cara:
1. Ayam dibuangkan tulang dan diracik halus.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga kuahnya pekat dan naik minyak. Kemudian masukkan ayam yg diracik tadi.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

Bun Bilis

ewahhh...mood nak meroti mai dahhh...tu dia...siap singsing lengan nak menguli punya pasal...hohohohoo...teringin sgt nak mkn bun bilis ni sbb masa pegi family day aritu kedai tu kata dah abis...punya la meleleh air liur...last skali nekad nak buat gak...wakakak...dpt je trus ngap...sedapppppp....

Sweet Bun Dough –
C&P from MamaFami FP - saya buat 1/2 adunan jer..dapat la 6 bijik...

Bahan A
500 gm tepung high protein - saya guna tepung gamdum jer
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air

Bahan B
75 gm butter

- Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.

- Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan).

- Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit

- saya masukkan filling bilis ni dalam roti, dan katup seluruh inti tadi...tepuk tepuk supaya bun betul betul bulat leper

- kemudian dibakar selama 20 - 30 minit pada suhu 180'C ikut kesesuaian....

Inti Bilis
- segenggam ikan bilis (bersihkan dan oreng sebentar, angkat dan toskan minyak)
- 2 sudu cili mesin
- 1/2 cawan air asam jawa
- gula dan garam

Caranya:-
Tumis cili mesin hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, kacau sebentar. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Kemudian, peraskan dgn garam dan gula. Kacau hingga agak pekat. Angkat dan biarkan sejuk.

Selamat mencuba....

Thursday, July 8, 2010

Agar Agar Sirap Laici

Salam...lamanya tak kemas umah ni...waduhh..waduhhh...banyaknya sawang...syohhh syohh labah labah pong ader gak...cettt..berani ko ye labah mai umah aku tak bg salam...(sudahhh merapu...)..hahahhaah....mmg bz la bln 6 ni...semua sbb keja yg melambak lambak tu...biasa la bln 6 kan ke kelosing kalu org mcm saya ni...tau la apa itu kelosing...hujung bln 7 ni satu lagi kelosing...huhuhu...sgt penat...tu yg tertagak nak update blog ni...takpela, bkn ada follower pun, sekadar aku je yg berckp ngan pc ni...hahahahah....ok!arini nak update satu resipi baru...tadaaa....tgk gmbr best dak????...jom tgk resipi pulak...

Bahan-bahan:

15 g agar-agar (1/2 paket agar-agar 30 g)

5 cawan air
1 cawan gula
1 tin laici – (asingkan air dan buahnya)

Beberapa titik pewarna merah ( saya guna sirap ros jer)

Cara membuat:


1) Masak agar-agar hingga larut bersama air, kemudian masukkan gula.

2) Kemudian, masukkan 1 cawan air buah laici tadi.

3) Sementara itu, susun buah laici dalam bekas bekas kecil. Kalau tak mahu, bole masukkan semua buah laici tadi dalam satu bekas yang besar.

4) Tunggu hingga mendidih seketika. Tuangkan atau cedukkan agar agar tadi ke dalam bekas. Sejukkan.



Selamat mencuba yer...

Ni rupa dah keluar dari bekas tart...hahahah...main belasah jer...daaaaaa