Wednesday, July 28, 2010

Bihun Goreng Singapore

Lama dah nak try masak bihun ni tp asyik tertangguh saja. Atas permintaan, semalam dah buat...mmmm...mmg puas ati la...terima kasih pd empunya resipi tp tak ingat sbb amik dr gobok berabuk. Asyik mkn kat kedai jer, skali buat amik ko..tak cukup..saya gandingkan dengan cili padi jeruk dan keropok ikan..Sila la amik resipi kat bawah ni....

Bahan-bahan:-

* 1 bungkus bihun - direndam dulu
* 300g daging - dipotong kecil2
* 3-4 keping fish cake (saya tak letak)
* 1/2 batang carrot – hiris spt batang mancis
* 1/4 kobis - dihiris
* 3 sudu makan cuka
* 6 ulas bawang putih
* 1 sudu makan lada hitam / lada putih
* 2 biji tomato - potong nipis jika suka
* garam dan gula secukupnya
* cili api- potong nipis + kicap sebagai sos (saya guna cili padi jeruk)

Cara-cara:-

1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. Masukkan carrot, kobis dan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti.
4. Kemudian masukkan cuka, gula dan garam.
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak.
6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api.
7. Sedia dihidang bersama cili kicap atau cili jeruk.

No comments:

Post a Comment