Tuesday, August 3, 2010

Easy Peasy Chicken Balls and Spaghetti Chicken Balls

teringin nak buat meatballs tp meat takde, so tukar ke chicken je la...ni semua request dr anak anak nak mkn spaghetti yg ada bulat bulat tu kata Ceybah..apa itu bulat2???rupanya meatballs...hahahhaha

CHICKEN MEATBALLS

Bahan bahannya:-

* 1 keping dada ayam, dipotong kecil kecil ~ nak tukar ke ayam kisar Raly pun boleh...
* 1/2 sudu serbuk jintan manis
* 1/2 sudu serbuk ketumbar
* 1/2 sudu serbuk cili
* 1 sudu serbuk lada hitam
* 2 sudu tepung gandum
* 1/2 biji telur
* garam
* sedikit daun ketumbar ~ diracik (ini saya tambah...)

Cara-caranya:-
1) Masukkan ayam dalam food processor. Kisar hingga halus. Jika gunakan pengisar biasa, masukkan ayam sedikit demi sedikit, kisar hingga halus.
2) Masukkan semua bahan dalam bekas, gaul sebati.
3) Kemudian, boleh dibentukkan adunan menjadi bulat bulat. (saya malas, so, jemput jemputkan dia guna sudu sahaja)
4) Kemudian, goreng dalam minyak panas hingga masak.
5) Angkat dan ketepikan.
6) Jika mahu makan bersama sos spaghetti, masukkan chicken balls tadi dalam sos spaghetti.

kata en. wari, dia dah lama tak mkn spaghetti, so, saya buat la...kali ni buat meatballs skali...tp takde meat, tukar kepada chicken...resipi sendiri...hohohoho..licin jugak...itulah rupa spaghetti chicken balls saya....

kalau nak resipi sos spaghetti sila click SINI ...

* chicken ball tu kalau tak mau campur dgn sos spaghetti tu, boleh juga dimakan sahaja bersama sos cili. Tetap sedap, rasa juicy gitu....

No comments:

Post a Comment