Monday, May 31, 2010

Homemade Satay

yesssss...berjaya jugak saya buat satay ni...idea terjelepok slps tersadung birai bilik mandi kot, tetiba nak buat satay...mmg best la...tp biasala saya kalau amik resipi mesti derhaka skit, ubah sana sini...ikut sedap tekak la..hohohoh...ampunkan kami penunggu gua...tak smpai 10 minit satayku licin w/pun takde kuah kacang atau apa2...mkn sajer jer...selain tu, resipi ni bole jugak digoreng, tp saya buat yg panggang2 tu, baru trill kan...hohohohho

SATAY GORENG
Sumber : kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir – saya kurangkan kepada 100gm
100 g gula merah - saya kurangkan juga kpd 80 gm
100 g madu – tak masukkan
2 sk garam

Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar – (saya guna yg serbuk)
2 sk jintan halus - sangar – (ini pun guna yg serbuk)
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup – saya ganti dgn 2 sudu serbuk kunyit

Cara-cara:-
1. Gaulkan bahan kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman. (saya simpan semalaman)
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering (biarkan naik minyak dan basah sedikit).
3. Atau cara lain, boleh dicucuk dengan menggunakan lidi satay. (saya guna cara ini)
4. Setelah itu, bolehlah dipanggang mcm kat kedai tu (saya cuma masukkan dlm oven saja) selama 1 jam. Tiap 15 minit saya renjiskan dengan minyak.
5. Hidangkan dgn kuah kacang,timun,ketupat dan bawang.

* Jika mahu memanggang mcm kat kedai tu, ada petua agar lidi tak terbakar iaitu lidi hendaklah direndam didalam air lebih kurang 1 jam sebelum dicucuk dengan daging.

Selamat mencuba....!!!!!!!1

Black Pepper Steak

menu hari minggu yg lalu, atas permintaan en suami...saya pun try la resipi ni...tp taklah sama sgt sbb daging saya guna pecah pecah la pulak...tp rasanya mmg sedap...sosnya pun sedap...resipi tak ingat sbb amik dlm kitab collection dah bertahun simpan....mintak halal pada si empunya resipi....

Bahan-bahan:

Daging batang pinang (ikut besar mana yang suka) - kalau nak ayam .. guna bahagian dada yang dah dibuang tulang.

Bahan perap:

* 1 sudu kicap
* 1/2 sudu minyak bijan
* 6 ulas bawang putih – ditumbuk
* 1 sudu lada hitam – ditumbuk

Bahan untuk sos lada hitam:
1 sudu marjerin atau butter
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 ulas bawang putih – dihiris halus
gula dan garam secukup rasa
2 sudu lada hitam (seeloknya jangan tumbuk lada hitam terlampau halus)

Cara-cara:

1) Potong daging agak leper dan perap dengan bahan perapan agak2 dalam 2 jam.
2) Untuk sediakan sos - cairkan marjerin/butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan lada hitam, sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, dan gula, Biarkan mendidih hingga pekat.
4) Daging atau ayam yang dah perap tu boleh la digril atas tempat bakar atau gunakan kuali leper dengan sedikit butter, sautee hingga masak.
5) Bila nak makan, tuang sos atas daging/ayam. Nikmati dengan garden salad atau hot patotoes salad, boiled veggies, mushroom/chicken soup.

* boleh juga letak hirisan button mushroom dalam sos.

Wednesday, May 26, 2010

Spaghetti Bolognese

takmau ckp byk...lapar ni...nak mkn spaghetti ni...hoho...layan resipi....

1 packet spaghetti/fettucini – saya guna ½ peket saja
1 packet minced meat ramly – ½ peket jugak…jimat..hoho
1 botol sedang sos Prego original – saya guna jenama Kimball perisa bawang putih
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dadu
1 tin kecil tomato puri - ganti dgn sebiji tomato yg didadu
1 batang celery (potong dadu - kecil) - takde
1/2 batang carrot (potong dadu - kecil) - takde
2 kiub ayam - takde
Salt & pepper

Cara:

1. Dalam kuali besar, masukkan air, 2 titis olive oil dan sedikit garam. Sudah agak mendidih, masukkan spaghetti. Rebus dlam 15 minit. Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang besar, kacau smpai naik bau. Masukkan minced meat tadi. Biarkan semua air daging keluar.
3. Masukkan carrot,celery,sos spaghetti, tomato puri, kiub ayam, salt & pepper
4. Kacau rata, kepekatan ikut suka.
5. Masak sampai empuk bahan2 dan mesra.
6. Sedia untuk dimakan.

Siakap 3 Rasa

saya suka...saya suka...saya suka resipi ni...tulunnnn...takleh tahan...hoho...saya mmg suka kalau resipi yg ada nanas ni...berpinggan makan..tu yg tak slim2 tu...resipi ni mudah nak sedia...macam biasa...saya mkn 1/4 saja, tukang ratahnya biasala...en suami la...dia lagi gila kalau saya buat masakan ikan ni....tp dia tak mkn nasi...dia mkn dengan roti paratha...sambil ratah ikan...jom intai resipi....

Bahan - bahan :
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 ulas bawang merah – dihiris halus
5 batang cili padi - dihiris halus
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos ikan/nampla
2 sudu makan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
¼ biji nanas – dipotong dadu
2 biji tomato - didadu
1/2 biji capsicum - di potong memanjang
1 biji bawang besar – di potong 8
Sedikit garam
Utk hiasan – daun ketumbar

Cara - caranya:
1. Ikan siakap dibersihkan, lumurkan dengan garam dan sedikit kunyit, kemudian digoreng hingga garing dalam minyak terendam.
2. Setelah agak garing, angkat dan toskan minyak. Letak di dalam pinggan.
3.Panaskan kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau sebentar. Kemudian, masukkan air.
4. Masukkan nenas, tomato, bawang besar dan cili padi. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun ketumbar…

Jom kita buat lagi....

Bayam Goreng Ikan Masin

ini resipi tercetus lepas buat keropok bayam aritu...tgk ada seikat lagi bayam, jadi sebelum bayam ni tak nmpk rupa bayam, baik saya lakukan sesuatu...haahahh...hasilnya..bayam goreng ikan masin...selalu orang buat kailan ikan masin tp saya ganti dgn bayam...rasanya not bad, sedap jugak...anak dara saya, Ceybah tu mkn nasik dgn sayur bayam ni saja bertambah sampai 2 pinggan..hoho...sedap ye sayang, ke mmg lapar...hahahah...jom layan resipi...

• Seikat bayam-potong
• Sepotong Ikan tenggiri/ kurau masin – dlm 4 x 4 cm
• 1 sudu sos tiram
• 1 ulas bawang putih - diketuk
• 2 ulas bawang merah - ditumbuk

Cara caranya:
Panaskan minyak, goreng ikan masin..ketepikan dulu. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan bayam..kacau rata.. Angkat dan tabur bawang goreng...

Pasta De Semolina With Pineapple in Sour Sauce

western...western...western lagikkk...request en wari...takpela..adinda turutkan....resipinya sama mcm makaroni aritu tp kali ni ditambah bahan dalam sikit...kasi lagi terangkat...hoho...kompom en wari tak ajak makan kat 'MAMAKMIA' lagi sbb masakan saya udah konker dia punya taste!..hoho....jom selak resipi...

Bahan bahannya:
* 1 peket pasta de semolina (apada nama….)
* 1 batang sosej
* 1 biji bawang besar - didadu
* 1 biji tomato separuh masak - didadu
* 1/4 biji nanas - ikut suka kalau nak lebih
* 6 sudu sos spagetti Kimball (kali ni try yg perisa cendawan pulak)
* 1/2 sudu gula
* sedikit garam
* sedikit lada sulah
* sedikit air
* 1 sudu minyak utk menumis

Cara menyediakannya:-
1) Panaskan air dalam periuk (utk merebus pasta). Campurkan sedikit garam dan 2 titis minyak. tunggu hingga air panas, masukkan makaroni. Kacau hingga kembang. Angkat dan toskan air. Ketepikan dahulu.
2) Panaskan minyak, tumis bawang besar. Biarkan hingga wangi.
3) Masukkan nanas, tomato dan sos spaghetti tadi. Kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula. Jika terlalu pekat, masukkan air. Biarkan sedikit kering.
4) Cara menghidangkannya...letak pasta di dalam pinggan, sudukan sos spaghetti td di atas pasta. Taburkan lada sulah. Siap untuk di santap....

La vida la loca..amore de pasta (apayghakumerapupunhakutakpahamhahahahh).....

Udang Goreng Lada Hitam

salam di pagi hari...amacam...sihat ker...hoho...lama dah tak masak udang..tetiba teringin, beli la udang...takde idea nak buat apa, so inilah hasilnya...sedap jugak..rasa panas2 lada hitam gitu...Jom kita tgk resipi dia...hoho

Bahan - bahan:
• 10 ekor udang - dibersihkan
• ½ sudu garam
• 2 sudu butter/margerin
• 1 sudu lada hitam – saya amik 10 bijik lada hitam, pastu tumbuk kasik hancusss
• 2 pelepah daun kari
• 4 biji cili padi - dihiris
• 3 ulas bawang putih - didadu
• 1 biji bawang besar – kasi manis masakan
• Minyak

Cara caranya:

1. Udang dibersihkan, kemudian perapkan sebentar dengan garam.
2. Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu minyak. Goreng udang yang diperap tadi. Jangan terlalu lama, agak2 udang sudah bertukar warna, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali. Masukkan marjerin. Biarkan ia cair. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan lada hitam, kacau sebentar. Kemudian, masukkan udang. Setelah agak kering, baru masukkan bawang besar.
4. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas….

terliur takkk???...haaa...amik la sekor...sila sila...selamat mencuba...

Wednesday, May 19, 2010

Kerutuk Daging

hmmm...ni pun resipi yg baru saya try jugak...tp guna paste la sbb sayang kalau tak try, lama lama buang mcm tu expired saja...paste ni makteh saya bawak balik dr UK..huhuhu kat sini pun ada...tp dah org bagi..i tak tolak...saya ejas ikut citarasa say...resipinya ada dibelakang kotak tu, saya add in sajer...nnt saya letakkan resipinya yer...tp yg sebenarnya saya lagi suka kalau buat sendir, masuk original bahannya..kalau paste ni dia dah olah skit kan...tp rasanya tetap sedap!

amacam...ada teringin???...amik la seketui dua, p cicah ngan rendang ka, mkn dgn nasik ka...nak ratah pun bole...hahhahaha

Meh meh sini...try...

Tomato Soup

mari...mari...rasa ini sup...sgt sedap!hahhah...promo, promo...wat sup ni utk cinta hati saya yg sgt nak2 sup ni...1st try nih...tapi alhamdulillah menepati piawaian en suami...lps ni suruh buat lagi...kami mkn dgn roti naan, mak mertua i bagi..hehheeh...slurp...slurp...ahhh....mesti cuba!

Bahan-Bahan :
Resepi asalnya daripada celebrity chef Gordon Ramsay.

10 biji tomato (dibelah dua)- saya guna 6 biji
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dibelah dua)
4 – 6 sudu besar olive oil
1 sudu besar gula halus
400ml air stok ayam - (saya campurkan 400ml air with kiub ayam Knorr)
Beberapa helai daun bayam
Beberapa helai daun sup
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
Sedikit garam

Cara menyediakannya:-
1) Susunkan tomato yang telah dibelah dua di atas dulang pembakar.
2) Taburkan bawang besar yang dipotong nipis ke atas tomato, begitu juga bawang putih.
3) Taburkan daun sup dan daun bayam yang telah dihiris halus.
4) Letakkan/sprinkle olive oil.
5) Taburkan gula halus, garam & lada hitam.
6) Bakar di dalam oven selama 25-30 minit, suhu dalam 220c. Atau berhenti membakar apabila tomato dah lembut.
7) Selepas siap proses membakar, masukkan tomato & segala bahan yang dibakar tadi ke dalam periuk (termasuk lebihan jus yang tinggal di dalam dulang pembakar).
8) Tuangkan air stok ayam ke dalam periuk yang sama.
9) Rebus naik menggunakan api sederhana selama 5 minit & matikan api.
10) Asingkan bahan kasar (tomato dll) dan air stok (tapi jangan buang).
11) Kisar bahan kasar. Masukkan air stok yang diasingkan tadi sedikit demi sedikit. Teruskan mengisar sehingga hancur, smooth & creamy.
12) Tuangkan kembali ke dalam periuk. Panaskan semula menggunakan api perlahan. Tambahkan garam atau lada hitam jika perlu.

Sangat mudah dan Selamat mencuba!!!!!!!!

Keropok Bayam aka Keropok Daun

wahhhh...lantas btulll...teringin nak mkn keropok...tp takmau keropok cikedis tu...byk aji..hoho..wat lawatan sambil belajar kat dapo & esbok kejap..hoyayyy...ada bayam sikat..jom!buat keropok daun...lepas dah siap...adaka kak yong panggil kopok daun...daun pun daun la sayang oii...janji sedap!!!...mmm...jemput amik..kruk!kruk!kruk!..amik lagi satu...hmmm.....

Resipi Keropok Bayam

* Seikat bayam - amik daunnya saja yer...batang buang!
* 10 sudu tepung beras - agak2 la yer...
* 1 sudu kecil garam
* Sedikit serbuk kunyit- sekadar nak bagi cantik kaler...
* Air utk diadun bersama tepung - agak2 jugak
* Minyak utk menggoreng - byk la mcm nak goreng pisang tu...

Cara menyediakannya:-
1) Bersihkan bayam. Ambil daun sahaja.
2) Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit. Bancuh adunan bersama air sedikit demi sedikit.
3) Celupkan daun bayam dlm tepung dan masukkan dalam minyak yg panas...
4) Goreng hingga agak kunig. Angkat dan toskan minyak.

Mesti cuba....sedap!!!! A+.....

Tuesday, May 18, 2010

Macaroni with Hot Fried Mackerel in Spaghetti Sauce

Pagi yg gelap, kini sudah terang...lalallala...ewahh...nyanyi pulak pagi2 ni...hahahahah...kali ni masuk resipi western lagi....sedap, memikat, licin, nak lagi...itulah ungkapan yg terkeluar sesudah menikmati hidangan ni...sesuai utk anak2 juga tp bit hot...sanagt mudah membuatnya dan cepat, tak sampai pun 15 minit dah siap...selamat mencuba yer....

Bahan bahannya:
* 1 peket makaroni (saya guna separuh saja, tu pun banyak)
* 1 biji bawang besar - didadu
* 1 biji tomato separuh masa - didadu
* 1/2 biji capsicum - ikut suka kalau nak lebih
* 6 sudu sos spagetti Kimball (saya guna yg perisa Bawang putih)
* 1/2 sudu gula
* sedikit garam
* sedikit lada sulah
* sedikit air
* 1 sudu minyak utk menumis

Cara menyediakannya:-
1) Panaskan air dalam periuk (utk merebus makaroni). Campurkan sedikit garam dan 2 titis minyak. tunggu hingga air panas, masukkan makaroni. Kacau hingga kembang. Angkat dan toskan air. Ketepikan dahulu.
2) Panaskan minyak, tumis bawang besar. Biarkan hingga wangi.
3) Masukkan capsicum, tomato dan sos spaghetti tadi. Kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula.Jika terlalu pekat, masukkan air. Biarkan sedikit kering.
4) Cara menghidangkannya...letakkan makaroni di dalam pinggan, sudukan sos spaghetti td di atas makaroni. Taburkan lada sulah. Siap untuk di santap....

Sangat menggiurkan...yummy...Cubalah....

Monday, May 17, 2010

Fish n Chip & Salad

Saalam....hehheheh bertemu lagi dgn makcik ikan ni kan....resipi kali ni sama mcm yg lepas tp bezanya cuma cara pembuatan saja...mmm, sedap lagi ye kalau guna breadcrumb...lain kalu nak buat mcm ni lagi la...baru la mkn smpai menjilat pinggan...hahhahaha

Ini resipinya...
Bahan bahan:
* 1 peket Dory Fillet (boleh dibeli di hypermarket - saya guna jenama Giant...)
* Sedikit lada sulah
* Sedikit garam
* 3 sudu tepung jagung
* 1 biji telur - pukul sedikit
* Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Basuh ikan. Toskan smpai kering. Letakkan garam dan lada sulah, sebatikan. Biarkan dalam 10 minit.
2) Bedakkan ikan dengan tepung jagung, terus masukkan dalam telur, dan pindahkan ke dalam breadcrumb.
3) Kemudian, goreng dalam minyak yg banyak. Goreng terendam sampai kekuningan.
4) Angkat dan toskan.

Bahan Salad - campurkan mix vege serta lada benggala (kes menghabiskan stok), masukkan mayonis.Siap dihidangkan.....

Ini adalah model tetap dan berpencen saya....hahahahah asyik mau mkn western sajo....Selamat mencuba....

Friday, May 14, 2010

Bihun Tumis Kicap

Mmmm...dah takde idea nak buat masakan berkuah ni, so, buat je la yer ala ala hailam tapi tak perlu masukkan tepung jagung...siap...tetap menten sedap...menjilat mangkuk tawww.....

Bahan Bahan

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

200 gm udang, di buang kulit dan urat - nak letak sotong ke apa ke ikut suka yer...
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam
3 sudu kicap
3 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Bahan bahan sayuran....
150 gm kubis ~ di hiris lebar
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada hitam
1 kg mee/bihun

Cara Menyediakan:-
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan kisar sampai wangi.
2. Masukkan udang dan ayam.Biar air keluar dr ayam..
3. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
4. Perasakan dengan garam, masukkan kicap dan sos tiram.
5. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah..
7. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.Ikut kreativiti....

Pau Ayam

Salam....mmg lama dah nak buat ni....baru terjadi mggu lps...mmm, saya buat ni dpt la 13 biji, tu pun mkn tak habis...tu la tamak sgt...lain kali nak kurgkan buat 1/2 adunan je la....resipi saya C&P dr FP Madiha...halal ye kak...alhamdulillah...

Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )

500gm tepung ( guna tepung pau)
50gm minyak/shortening
6gm yeast
1/2 sudu kecil garam
100gm gula ( guna 80gm j)
250gm air suam

Untuk inti kari ayam:-
@2 ketul isi ayam-dipotong dadu
@2 biji ubi kentang-dipotong dadu
@1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
@2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
@garam dan serbuk perasa
@2 sudu besar minyak

Cara-cara

* Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
* Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
* Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
* Kukus selama 10min.

Untuk inti:-
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.

Thursday, May 13, 2010

Daging Dendeng

Salam....ummphhh...sedap betul resipi ni...saya buat 1/2 dari resipi ni....bole dimakan dgn nasi, roti atau ratah pun sedap...hahahhaahh

Bahan - bahannya:
1 kg daging
5 sudu besar cili kisar
15 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
1 cm lengkuas - kisar
1 sudu besar serbuk kari daging (optional)
1 keping gula melaka
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap pekat manis
garam
minyak
1/2 kilo bawang - buat bawang goreng - beli je kat kedai...

Cara Memasak:
1. Potong daging jadikan lebihkurang 4 inci kiub...
2. Rebus daging hingga empuk. Angkat dan potong nipis-nipis.
3. Kemudian tumbuk sedikit. Goreng sebentar daging agak2 garing tepi. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar. Perlahankan api dan biar sampai pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air, letak gula merah dan gula pasir. Kacau lagi.
6. Masukkan kicap, serbuk ketumbar, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa.
7. Bila kuah agak pekat masukkan daging tadi. Kacau balik biar rata. Kemudian masukkan bawang goreng..Kacau rata, angkat.

Jemput mkn dgn roti paratha...yummy....hehheheh...

Wednesday, May 12, 2010

Baked Sandwich

Amacam???terliur tak nengok gmbr kat atas???terliur yerrrr...apalagi, cubala...tak pun mai la umah...hahahhah...sbnrnya resipi asal saya cilok dr FP Kak Madiha...tp inti stail saya jer...saya ni pemalas skit, tak mcm kak Madiha tu, rajin amatttt...heheheh....resipi ni berguna kalau ada lebih2 roti yg agak2 nak expired tu...jgn la dibuang...try resipi ni, best wooo....yummy...saya buat pun 10 ketul saja...licinnnn....selamat mencuba la yer.....saya C&P ye kak....masyehhhh

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang - saya guna daging burger ayam
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus - tak bubuh pon, takde stok...
1 biji telur - tak bubuh jgk sbb hubby tak mkn telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya

Cara caranya:
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak.(jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan.

Selamat meneraiiiiiiiiiiiiii.....

Bihun Hailam

Assalamualaikum....wahhh lama gak tak hapdet...bz sgguh la saya nih...taktau nak ejas kat mana....tp masak tetap masak...hehhehheh....ni resipi simple saja....main campak campak...tapi tetap delicious bak kata anak dara saya...layannnn.....

Bahan Bahan

Minyak masak utk menumis
4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 biji bawang merah (hiris halus)
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam
2 sudu besar kicap pekat - kurangkan pun boleh....
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air- agak agak ler....
300 gm sawi, di potong 4 cm
150 gm kubis ~ di hiris lebar
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada hitam
1 kg mee/bihun

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm
3 tangkai cili merah, di hiris hiris
2 biji limau nipis ~ hiris
1 biji cili merah - dihiris

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bawang putih & bawang besar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan garam, kicap pekat, sos tiram.
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air (jika kurang) sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.

Selamat mencuba....

Thursday, May 6, 2010

huhuhu...salam...saya sgt mengantuk la pagi ni...mcm mana ni...td dlm bas dah terlelap tersengguk...nasib bek tak terlentok mcm dlm cerita Mr. Bean tu....hahhah..kalau tak malu i tawww...satu bas gelakkan i...mmmm...saya mau buat keja, sgt byk...siap satu, satu 2 dtg, 2 siap...8 dtg...huwaaaaaaaaaa....bila nak abis ni...

-
-
-
-

PENGSAN!!!!!!!!!!!!!!!


mau teruskan kerja lah...hahhahahah

Tuesday, May 4, 2010

Spagetti Udang


Mmmm...teringin la nak mkn mee udang...tp takmo masuk belacan, udang kering semua tu...try mntk tulun pakcik google, yaaa...dia berjaya...amik resipi dr kak Ummi...halal ye kak, saya C&P...mmg besttt!!!!!!!anak teruna saya yg setahun tu pun tibai gak...mulut dok nyum nyum...hahahha...sedap la tu ummi dia masak...alhamdulillah, w/pon ada bahan yg saya tak letak tp maintain cedapppp....mudah jugak membuatnya....

Bahan-bahan ( 3-4 org):-
• 1/kg mee kuning (saya guna spagetti..hehehh)
• 300 gm udang saiz L - saya guna 12 ekor saiz sederhana
• 4 sb lada boh / lada giling - tak boh ponnnn
• *4 ulas bawang merah
• *3 ulas bawang putih
• *1 sb udang kering - tak bohh jugekkk
• *1/2 inci halia (bertanda * dikisar)
• 1 sb petis - ni pun tak boh jugakkkk
• 3 sb sos tomato
• 1 sb sos cili
• keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
- saya pon letak 2 bijik gakkkk
• gula n garam secukup rasa
• taugeh n sawi - dicelur sekejap
• daun bawang
• bawang goreng

Cara-cara:-
1. Rebus udang hingga masak, tapis keluar udang n asingkan. Air rebusan jgn dibuang.
2. Dalam periuk panaskan minyak dan tumis lada boh hingga garing.
- (saya trus masukkan ubi keledek yg diblend td)
3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga betul garing n naik bau.
4. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih.
5. Masukkan sos tomato, sos cili n petis. Renehkan kuah (dengan api perlahan).
6. Masukkan garam n gula secukup rasa.
7. Reneh lagi.
8. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah.
9. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur mee, taugeh n sawi.
10. Cara hidangan - Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.

Selamat mencuba...tak rugiii....

Monday, May 3, 2010

Wholemeal Paratha with Salad & Spicy Chicken Herb


Salam...dah mkn ke belum...hehheeh...lagi mau tanya ka???kikiki...mestilah dah mkn kan, dah nak ptg ni...mmmm saja masukkan entry masak menu utk en suami, nilah yg dia mkn hari2, kdg2 smpai dah taktau nak buat apa....jadi, bedal je la kan....resipi tu mudah saja...jemput mkn...erkkkk!!!!!alhamdulillah....

Salad
sedikit tomato, capsicum, timun dihiris...masuk skali, letak sos (kalau nak lebih boh la thousand islan tu, saya takde stok..huhuhu)

Spicy Chicken Herb
- resipi sama mcm ayam goreng berempah tp dimasukkan sos cili dan herb (bole beli di kedai)lebih...pedas tulll!!!

Wholemeal - beli je yg frozen, pastu bakar...siap...

Walaupun nmpk mcm mudah sbb beli yg frozen tp yg penting inisiatif utk mencuba & letak gravy skit2...

COOKIES PRICING

CUPCAKES PRICING

TARTLET PRICING

1) Blueberry/Strawberry/Kiwi Cheese Tart
- set 50 pcs / box = RM 40

2) Fruit Tart (Custard)
- set 50 pcs / box (fruit in can) = RM 40
- set 50 pcs / box (fresh fruit) = RM 45

2) Fruit Tart (Cream cheese)
- set 50 pcs / box (fruit in can) = RM 45
- set 50 pcs / box (fresh fruit) = RM 50

CHOCOLATE PRICING

500 gram = RM 40

CAKES PRICING

1) Moist Chocolate Cake