Mmmm...dah takde idea nak buat masakan berkuah ni, so, buat je la yer ala ala hailam tapi tak perlu masukkan tepung jagung...siap...tetap menten sedap...menjilat mangkuk tawww.....
Bahan Bahan
Bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
200 gm udang, di buang kulit dan urat - nak letak sotong ke apa ke ikut suka yer...
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam
3 sudu kicap
3 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Bahan bahan sayuran....
150 gm kubis ~ di hiris lebar
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada hitam
1 kg mee/bihun
Cara Menyediakan:-
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan kisar sampai wangi.
2. Masukkan udang dan ayam.Biar air keluar dr ayam..
3. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
4. Perasakan dengan garam, masukkan kicap dan sos tiram.
5. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah..
7. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.Ikut kreativiti....
Baby food..what about it?
12 years ago
No comments:
Post a Comment