salam di pagi hari...amacam...sihat ker...hoho...lama dah tak masak udang..tetiba teringin, beli la udang...takde idea nak buat apa, so inilah hasilnya...sedap jugak..rasa panas2 lada hitam gitu...Jom kita tgk resipi dia...hoho
Bahan - bahan:
• 10 ekor udang - dibersihkan
• ½ sudu garam
• 2 sudu butter/margerin
• 1 sudu lada hitam – saya amik 10 bijik lada hitam, pastu tumbuk kasik hancusss
• 2 pelepah daun kari
• 4 biji cili padi - dihiris
• 3 ulas bawang putih - didadu
• 1 biji bawang besar – kasi manis masakan
• Minyak
Cara caranya:
1. Udang dibersihkan, kemudian perapkan sebentar dengan garam.
2. Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu minyak. Goreng udang yang diperap tadi. Jangan terlalu lama, agak2 udang sudah bertukar warna, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali. Masukkan marjerin. Biarkan ia cair. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan lada hitam, kacau sebentar. Kemudian, masukkan udang. Setelah agak kering, baru masukkan bawang besar.
4. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas….
terliur takkk???...haaa...amik la sekor...sila sila...selamat mencuba...
Baby food..what about it?
12 years ago
No comments:
Post a Comment