Monday, May 31, 2010

Homemade Satay

yesssss...berjaya jugak saya buat satay ni...idea terjelepok slps tersadung birai bilik mandi kot, tetiba nak buat satay...mmg best la...tp biasala saya kalau amik resipi mesti derhaka skit, ubah sana sini...ikut sedap tekak la..hohohoh...ampunkan kami penunggu gua...tak smpai 10 minit satayku licin w/pun takde kuah kacang atau apa2...mkn sajer jer...selain tu, resipi ni bole jugak digoreng, tp saya buat yg panggang2 tu, baru trill kan...hohohohho

SATAY GORENG
Sumber : kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir – saya kurangkan kepada 100gm
100 g gula merah - saya kurangkan juga kpd 80 gm
100 g madu – tak masukkan
2 sk garam

Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar – (saya guna yg serbuk)
2 sk jintan halus - sangar – (ini pun guna yg serbuk)
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup – saya ganti dgn 2 sudu serbuk kunyit

Cara-cara:-
1. Gaulkan bahan kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman. (saya simpan semalaman)
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering (biarkan naik minyak dan basah sedikit).
3. Atau cara lain, boleh dicucuk dengan menggunakan lidi satay. (saya guna cara ini)
4. Setelah itu, bolehlah dipanggang mcm kat kedai tu (saya cuma masukkan dlm oven saja) selama 1 jam. Tiap 15 minit saya renjiskan dengan minyak.
5. Hidangkan dgn kuah kacang,timun,ketupat dan bawang.

* Jika mahu memanggang mcm kat kedai tu, ada petua agar lidi tak terbakar iaitu lidi hendaklah direndam didalam air lebih kurang 1 jam sebelum dicucuk dengan daging.

Selamat mencuba....!!!!!!!1

No comments:

Post a Comment