Friday, May 14, 2010

Pau Ayam

Salam....mmg lama dah nak buat ni....baru terjadi mggu lps...mmm, saya buat ni dpt la 13 biji, tu pun mkn tak habis...tu la tamak sgt...lain kali nak kurgkan buat 1/2 adunan je la....resipi saya C&P dr FP Madiha...halal ye kak...alhamdulillah...

Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )

500gm tepung ( guna tepung pau)
50gm minyak/shortening
6gm yeast
1/2 sudu kecil garam
100gm gula ( guna 80gm j)
250gm air suam

Untuk inti kari ayam:-
@2 ketul isi ayam-dipotong dadu
@2 biji ubi kentang-dipotong dadu
@1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
@2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
@garam dan serbuk perasa
@2 sudu besar minyak

Cara-cara

* Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
* Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
* Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
* Kukus selama 10min.

Untuk inti:-
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.

No comments:

Post a Comment