Amacam???terliur tak nengok gmbr kat atas???terliur yerrrr...apalagi, cubala...tak pun mai la umah...hahahhah...sbnrnya resipi asal saya cilok dr FP Kak Madiha...tp inti stail saya jer...saya ni pemalas skit, tak mcm kak Madiha tu, rajin amatttt...heheheh....resipi ni berguna kalau ada lebih2 roti yg agak2 nak expired tu...jgn la dibuang...try resipi ni, best wooo....yummy...saya buat pun 10 ketul saja...licinnnn....selamat mencuba la yer.....saya C&P ye kak....masyehhhh
Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang - saya guna daging burger ayam
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus - tak bubuh pon, takde stok...
1 biji telur - tak bubuh jgk sbb hubby tak mkn telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya
Cara caranya:
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak.(jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan.
Selamat meneraiiiiiiiiiiiiii.....
Baby food..what about it?
12 years ago
No comments:
Post a Comment