Wednesday, May 12, 2010

Bihun Hailam

Assalamualaikum....wahhh lama gak tak hapdet...bz sgguh la saya nih...taktau nak ejas kat mana....tp masak tetap masak...hehhehheh....ni resipi simple saja....main campak campak...tapi tetap delicious bak kata anak dara saya...layannnn.....

Bahan Bahan

Minyak masak utk menumis
4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 biji bawang merah (hiris halus)
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam
2 sudu besar kicap pekat - kurangkan pun boleh....
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air- agak agak ler....
300 gm sawi, di potong 4 cm
150 gm kubis ~ di hiris lebar
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada hitam
1 kg mee/bihun

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm
3 tangkai cili merah, di hiris hiris
2 biji limau nipis ~ hiris
1 biji cili merah - dihiris

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bawang putih & bawang besar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan garam, kicap pekat, sos tiram.
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air (jika kurang) sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment