mari...mari...rasa ini sup...sgt sedap!hahhah...promo, promo...wat sup ni utk cinta hati saya yg sgt nak2 sup ni...1st try nih...tapi alhamdulillah menepati piawaian en suami...lps ni suruh buat lagi...kami mkn dgn roti naan, mak mertua i bagi..hehheeh...slurp...slurp...ahhh....mesti cuba!
Bahan-Bahan :
Resepi asalnya daripada celebrity chef Gordon Ramsay.
10 biji tomato (dibelah dua)- saya guna 6 biji
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dibelah dua)
4 – 6 sudu besar olive oil
1 sudu besar gula halus
400ml air stok ayam - (saya campurkan 400ml air with kiub ayam Knorr)
Beberapa helai daun bayam
Beberapa helai daun sup
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
Sedikit garam
Cara menyediakannya:-
1) Susunkan tomato yang telah dibelah dua di atas dulang pembakar.
2) Taburkan bawang besar yang dipotong nipis ke atas tomato, begitu juga bawang putih.
3) Taburkan daun sup dan daun bayam yang telah dihiris halus.
4) Letakkan/sprinkle olive oil.
5) Taburkan gula halus, garam & lada hitam.
6) Bakar di dalam oven selama 25-30 minit, suhu dalam 220c. Atau berhenti membakar apabila tomato dah lembut.
7) Selepas siap proses membakar, masukkan tomato & segala bahan yang dibakar tadi ke dalam periuk (termasuk lebihan jus yang tinggal di dalam dulang pembakar).
8) Tuangkan air stok ayam ke dalam periuk yang sama.
9) Rebus naik menggunakan api sederhana selama 5 minit & matikan api.
10) Asingkan bahan kasar (tomato dll) dan air stok (tapi jangan buang).
11) Kisar bahan kasar. Masukkan air stok yang diasingkan tadi sedikit demi sedikit. Teruskan mengisar sehingga hancur, smooth & creamy.
12) Tuangkan kembali ke dalam periuk. Panaskan semula menggunakan api perlahan. Tambahkan garam atau lada hitam jika perlu.
Sangat mudah dan Selamat mencuba!!!!!!!!
Baby food..what about it?
12 years ago
No comments:
Post a Comment