Asaalamualaikum.............
Sana sini tgk kat blog sifu2 masakan semua buat pavlova...apa bendanya tu...cantik cantik betui bila tgk gmbr...hati teringin nak buat...nak nak pulak adik ipar pun ajak buat sekali...so, mlm sehari sblm ari raya haji aritu kitaorg pun keletung keletang la siapkan pavlova ni....wahhh...mmg manis dia punya base tu, patut la kena letakkan buah2 yg masam tp mmg sedap la...kalau simpan sekejap dlm peti then br makan lagi nertambah sedap....resipi saya amik dr Dapur Kak Zai Teratak Impian....
Saya mntk copy yer kak dan panjangkan ke sini....terima kasih
PAVLOVA
Diolah sedikit oleh : RossDeli
Bahan-bahannya
- 4 biji putih telur (120 g)
- 1 cawan gula kastor (200 g) - akak letak 3/4 cawan gula kastor ~ saya pun....
- 1/2 tsp esen vanilla
- 1 tsp cuka makan
- 1/2 tbs tepung jagung
Hiasan
- 1 tin pic
- 1/2 cawan strawberry
- 1/2 cawan anggur
- 1 cawan whipping cream
Cara membuatnya
- Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
- Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
- Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
- Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
- Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
- Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
- Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
- Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
- Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.
Selamat mencuba..........